Rabu, 31 Disember 2008

POLIMIK BAHASA MALAYSIA, KENAPA ORANG MELAYU SERONOK MENGGUNAKAN BAHASA ASING ?

http://www.mpaj.gov.my/ProfileKeluasanPenerangan.aspx?IDPeta=16 http://www.kesedar.gov.my/nenggiri/BagaimanaUtkKeGM.htm http://www.jpph.gov.my/V1/index2mapcwg.php?versi=1 http://www.uniquemalaysia.com/


Persoalan tentang Bahasa Melayu memang tidak akan ada kesudahannya, walaupun telah 51 tahun kita merdeka, tetapi persoalan tersebut masih menjadi perdebatan dimana-mana sahaja.

Kalau kita perhatikan, bangsa Cina dan India bermati-matian mempertahankan SJKC dan SJKT
masing-masing, begitu juga tentang akhbar-akhbar berbahasa mereka, jumlah edaran mereka masih agak besar, jika dibandingkan dengan akhbar berbahasa Melayu, kalau mengikut jumlah penduduk.

Orang Melayu sangat berbangga menggunakan bahasa Inggeris, kepada yang tahu menggunakan bahasa Inggaris, mereka juga berbangga menggunakan bahasa Arab, kepada yang tahu berbahasa Arab, tetapi itu tidak apalah kerana ianya bahasa ilmu.

Tetapi yang menghairankan ialah, mereka juga berbangga menggunakan bahasa Siam, kalau tidak percaya, anda pergilah kenegeri-negeri yang didalam Malaysia, tetapi bersempadan dengan Thailand, penduduk disana sangat seronok menggunakan bahasa Siam.

Yang paling melucukan, apabila mereka tertemu dimana-mana didalam Malaysia, mereka dengan bangganya menggunakan bahasa Siam, walaupun mereka bercakap sesama mereka dikalangan orang Melayu.

Malah yang paling menyedihkan ialah orang Melayu
di selatan Thailand, walaupun mereka orang Melayu, tetapi generasi muda mereka, ramai yang tidak tahu lagi berbahasa Melayu dan Khutbah Jumaat mereka pun menggunakan bahasa Siam .

Inilah antara perkara yang paling menyedihkan berkaitan orang Melayu dengan bahasanya.

Tetapi sebaliknya, kita sangat sukar menemui orang Cina atau India atau lain-lain bangsa yang bercakap sesama mereka menggunakan bahasa Melayu, kecuali orang Cina peranakan Baba Melaka.

Begitulah kisah orang Melayu dengan bahasanya yang bagaikan tiada kesudahannya, perihal pengajaran matematik dan sains di dalam bahasa Inggeris pun masih tiada kesudahannya
malah Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu pula akan diadakan.


Sekian untuk kali ini .................




Tiada ulasan: