Banyak pihak telah terkeliru, kenapa orang-orang bukan Islam menentang negara Islam dan perlaksanaan Hukum Hudud ? sedangkan hudud adalah sama juga seperti sembahyang, iaitu
sesuatu yang wajib untuk dilaksanakan, baca di sini.
Sebenarnya hukum menubuhkan negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud adalah tidak sama dengan kewajipan melaksanakan Rukun Islam yang lima, ini adalah kerana penubuhan negara Islam akan melibatkan semua penduduk didalam negara tersebut manakala perlaksanaan Rukun Islam yang lima hanya melibatkan individu sahaja.
Selain itu, didalam negara Islam yang sebenar, taraf orang-orang bukan Islam, adalah warga negara kelas dua, iaitu adalah orang-orang yang dilindungi, kedudukan orang bukan Islam adalah tidak sama haknya dengan orang-orang Islam, mereka boleh mengundi, tetapi tiada
parti-parti lain, selain yang berideologikan Islam boleh bertanding, ini adalah bagi mengelakkan
negara terjerumus ketangan orang-orang yang sesat lagi menyesatkan .
Begitulah keadaan atau hakikat yang sebenarnya Negara Islam, tetapi didalam negara Islam sebenar, pemerintahanya adalah tersangat adil, kezaliman tidak dibenarkan termasuk kepada orang-orang bukan Islam, tetapi orang-orang bukan Islam di kehendaki membayar cukai kepala atau jizyah .
Didalam sejarah Islam, dinyatakan orang-orang bukan Islam, sangat seronok berada didalam pemerintahan orang-orang Islam, mereka bebas melakukan aktiviti sesama mereka, termasuk
melakukan upacara ugama mereka.
Tetapi, itu semua semasa di zaman keagungan pemerintahan Islam, sesama Islam, tiada hasad dengki, tiada iri hati, tiada mengejar kebendaan melampau seperti sekarang ini.
Tetapi sekarang ini, sesama Islam teruk, dengki mendengki menjadi-jadi, orang-orang Islam di Malaysia sekarang adalah juara segala-galanya.................... kecuali .........
Maka didalam keadaan seperti sekarang ini, apakah orang-orang bukan Islam mahu berada didalam negara Islam sebenar, sudah tentu mereka tidak mahu .
Ini adalah kerana, mereka sekarang ini berada didalam kedudukan sama rata dengan orang- orang Islam di sisi perlembagaan negara Malaysia, adalah tidak munkin mereka mahu undur kebelakang dan menjadi warga negara kelas dua pula.........
Munkin akan ada yang bertanya, kenapa dahulu boleh, ............. dahulu mereka tiada pilihan, semasa dahulu, mana ada sistem demokrasi seperti sekarang, negara orang bukan Islam semasa itu telah ditakluki oleh tentera-tentera Islam dan mereka tiada pilihan kecuali taat kepada pemerintahan Islam, sama ada suka atau tidak.
Oleh itu PAS usahlah berangan, kononya orang bukan Islam akan menyokong negara Islam, kalau kita jadi orang bukan Islam pun, didalam keadaan kita ada pilihan, kita tidak akan sokong negara Islam, oleh itu usahlah hairan jika Lim kit siang, •Karpal Singh dan lain-lain menentang negara Islam sebenar .
Kalau setakat negara Islam tiruan seperti sekarang ini bolehlah ......... setakat Islam hadhari iaitu
Islam Tamaddun bolehlah, itu pun kadang-kadang ditentang juga.
Sebagai alternatif, Haji Hadi mencadangkan supaya Kanun jenayah syariah (2) kelantan dijadikan model, iaitu perlaksanaan hukum hudud hanya dihadkan kepada orang Islam sahaja.
Memang sebahagian kecil ulamak membolehkan perlaksanaan sebegitu rupa, tetapi sebahagian besar ulamak pula membolehkan ianya ditolak, kerana ianya boleh mengundang ketidak adilan kepada rakyat negara ini.
Sebagai contoh, orang Islam yang berzina dengan orang bukan Islam dikenakan hukuman rejam dengan batu sampai mati, tetapi orang bukan Islam tersebut hanya akan didenda atau dipenjara
buat beberapa bulan atau tahun sahaja. Bolehkah kita menerima hukuman bunuh dan hukuman
penjara itu sama ?
Begitu juga jika dua orang, iaitu seorang Islam dan seorang bukan Islam berpakat mencuri dan disabitkan kesalahannya, sehingga layak dihukum potong tangan, tetapi orang bukan Islam tersebut hanya dikenakan penjara sahaja, bolehkah hukuman sebegini mencapai matlamat mengurangkan kadar jenayah seperti di Arab Saudi ?
Di Arab Saudi atau Iran yang melaksanakan hudud dengan jayanya, tetapi tanpa mengira siapa pun yang melakukannya, akan dihukum sama rata, barulah mengikut hukum Hudud Islam yang sebenar.
Kalau setakat dilaksanakan keatas orang Islam sahaja, memang patutlah kalau Tun Dr.Mahathir semasa menolak perlaksanaannya di Kelantan dahulu, memanggilnya Hudud PAS.
Ianya hanya setakat untuk menutup malu PAS, kerana telah memberi janji kepada pengundi diKelantan dan Trengganu untuk melaksanakan Hudud sejak puluhan tahun lampau, tetapi bukan untuk melaksanakan ajaran Islam yang sebenarnya .
Oleh itu PAS perlulah rialistik dan menerima hakikat bahawa tidak munkin, sampai bila-bila pun
Malaysia boleh menjadi negara Islam sebenar, selagi sistem demokrasi menjadi asas pemerintahan negara ini.
Apakah kerana mahu menubuhkan negara Islam sebenar, kita sampai sanggup melakukan rampasan kuasa, baik melalui tentera atau lain-lain cara, seperti apa yang cuba dilakukan oleh kumpulan Al-maunnah dahulu ?
Kita semua tahu, dan mengakui bahawa, sehingga sekarang ini, sistem demokrasi adalah yang terbaik, walau pun ada juga keburukannya, tetapi jauh lebih baik dari sistem feudal lama, seperti sistem beraja berkuasa penuh, atau Presiden berkuasa penuh .
Kebaikan sistem demokrasi ialah, jikalau kerajaan tersebut tidak disenangi oleh rakyatnya, maka rakyat di negara tersebut boleh menjatuhkan kerajaannya melalui pilihan raya sedangkan didalam sistem beraja lama pilihan tersebut tidak ada .
Sudah sampai masanya PAS perlu berubah dan menghentikan zaman angan-angannya, hasrat dan cita-cita menubuhkan negara Islam tetap ada, malah sebagai seorang Islam yang taat kepada agamanya mesti ada, tetapi kita tiada keupayaan, oleh itu Perlembagaan PAS perlu dipinda, kepada menubuhkan negara Islam setakat yang dibenarkan oleh Perlembagaan Malaysia sahaja .
Usahlah malu, takut nanti dituduh seperti UMNO, kerana PAS tetap ada kelebihannya berbanding UMNO, pemimpin PAS kebanyakannya lebih menghayati Islam berbanding pemimpin UMNO, contohnya MB Perak yang serba boleh YB Nizar Jamaluddin dan ramai lagi yang sepertinya.
Selagi PAS gagal menjadi lebih realistik dengan hakikat keadaan politik negara ini , maka selama itulah hubungannya dengan lain-lain parti komponen nya didalam pakatan rakyat akan terus bermasaalah dan tidak mustahil Pakatan Rakyat akan hancur dek kerana kedegilan PAS.
Jikalau Pakatan Rakyat hancur, maka hancur jugalah harapan sebahagian besar rakyat Malaysia untuk melihat perubahan didalam pentadbiran kerajaan, dan UMNO akan terus menerajui pemerintahan negara, walaupun UMNO sekarang penuh dengan berbagai-bagai masaalah.
Kekalnya UMNO bukan bererti UMNO bagus, tetapi kerana Pakatan Rakyat lemah oleh kerana PAS terus dengan semangat Hudud nya, yang tidak munkin berjaya dilaksanakan.
Allah tidak akan memaksa umatnya melakukan apa yang tidak terdaya atau tidak mampu dilakukan oleh umatnya, tambahan pula jika apa yang tidak mampu dilakukan itu, jika dilakukan juga, boleh membawa kemudharatan, dan kemusnahan kepada penganutnya .
Sekian sahajalah ....................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan