Dengan penuh kenyakinan, Ibrahim Ali mengisytiharkan "BN kena menang dan akan menang dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu".Ibrahim Ali kata, dia yakin BN akan menang dengan majoriti kurang dari 1,000 undi.
Saya bukanlah cuba mahu mempertikaikan apa yang diyakini oleh Ibrahim Ali tersebut, tetapi kalau kita fikirkan .........apakah kita boleh menilai hati para pengundi di Kuala Trengganu secara
tepat, tambahan pula Ibrahim Ali adalah orang luar, maka andaiannya itu hanyalah satu pandangan beliau sahaja. tambahan pula kalau diteliti hujah Ibrahim Ali selanjutnya, seperti berikut ........
Banyak isu-isu besar yang menyebabkan rakyat menolak BN dalam PRU12 telah diatasi. Selain itu, pengundi atas pagar dan penyokong UMNO yang mengundi PAS dan PKR dalam pilihanraya dulu sudah kembali kepada UMNO. Puncanya ialah mereka tidak yakin kepada kemampuan PAS untuk menjaga kepentingan Melayu-Islam, hujah Ibrahim Ali.
Katanya lagi, kegagalan Dato Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan pada 16 September juga menyebabkan rakyat sedikit-sebanyak hilang keyakinan kepada Pakatan Rakyat.
Saya berpendapat, hujah Ibrahim Ali diatas hanyalah pandangan dangkalnya semata-mata yang tidak munkin sama dengan pemikiran orang-orang di Kuala Trengganu.
Bagi saya, segala luahan tersebut, sangat jelas memberitahu bahawa Ibrahim Ali telah meluahkan isi hatinya bahawa dia masih sayang kepada UMNO, dari perasaan sayanglah maka timbul pendapat yang sedemikian itu, lagi pun tawaran dari Nik Aziz supaya dia menyertai PAS
langsung tidak dihiraukannya .
Selain itu, cuba kita tanya pendapat orang yang condong kepada PAS atau PAKATAN RAKYAT
saya rasa sudah pasti orang tersebut akan memberikan berbagai-bagai alasan yang menyatakan bahawa PAS pula yang akan menang.
Kalau kita teliti sejak beberapa bulan terakhir ini , Ibrahim Ali yang walau pun menang sebagai
ahli Parlimen di Pasir Mas Kelantan pada pilihanraya ke12, awal 2008 yang lalu atas tiket PAS, tetapi boleh disifatkan sebagai satu sedekah dari PAS, saya berkata begitu kerana pada pilihanraya ke 11 pada tahun 2004, beliau bertanding atas tiket bebas dengan kekuatan dirinya sendiri, tetapi tewas sehingga hilang wang pertaruhan kerana mendapat 500 lebih undi sahaja, lebih kurang sama dengan undi Nenek calun bebas di Parlimen Kuala Trengganu 2008 yang lepas.
Satu lagi, rekodnya sejak beberapa bulan lepas menunjukkan dia tidak membunyai semangat PAKATAN RAKYAT, buktinya, dia juga pernah muncul di Astro awani bersama-sama ahli Parlimen Muar kalau tidak silap saya, begitu jelas sekali dia memperlekeh-lekehkan Datuk Sri Anwar Ibrahim dengan memek-memek mukanya sekali .
Maka berdasarkan apa yang berlaku, sangat jelas bahawa sebenarnya Ibrahim Ali masih sayangkan UMNO.
Oleh itu di sini saya mencadangkan kepada Datuk Sri Najib, apabila menjadi Perdana Menteri dan Presidan UMNO selepas bulan Mac 2009 ini nanti......ajenda utama yang perlu beliau dilakukan ialah, menerima semula kemasukan Ibrahim Ali kedalam UMNO.
Kepada Ibrahim Ali pula, saya mengingatkan beliau supaya cepat-cepat membuat surat permohonan untuk masuk UMNO semula, apabila masuk sahaja bulan Feb 2009 nanti, bukan apa saya bimbang pintu yang terbuka tiba-tiba tertutup pula.........habislah peluang nanti .
Sekian Sahajalah ............ jangan marah ........nanti kena jual .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan