Jangan terburu bentang 3 rang undang-undang undang-mendalam
KUALA LUMPUR 18 Okt. - Kerajaan tidak perlu terburu-buru membentangkan tiga rang undang-undang bagi menubuhkan suruhanjaya membabitkan pelantikan hakim, pencegahan rasuah dan aduan khas di Parlimen.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata, kajian mendalam perlu dilakukan terhadap rang undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Hakim, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Suruhanjaya Aduan Khas sebelum ia dibentangkan.
Menurutnya, langkah itu perlu kerana sekiranya undang-undang tersebut dikuatkuasakan tanpa kajian mendalam, ia akan memberi kesan kepada struktur dan sistem politik negara.
"Berdasarkan maklum balas yang saya terima setelah bergerak ke seluruh negara, ramai pemimpin akar umbi mahu ia dikaji dengan mendalam terlebih dahulu," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di sini hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz baru-baru ini berkata, rang undang-undang itu akan dibentangkan sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya pada Mac tahun depan.
Menurutnya, rang undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Hakim dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah akan dibentang pada sesi Dewan Rakyat yang sedang berlangsung manakala rang undang-undang Suruhanjaya Aduan Khas pula pada sesi Parlimen yang dijadual berlangsung Februari tahun depan.
Abdul Rahim berkata, MT UMNO mungkin boleh diberi peluang untuk melihat secara mendalam mengenai kesan pelaksanaan undang-undang itu sekiranya diluluskan di Parlimen.
oleh kalangan MT umno sendiri, bagaimana generasi muda yang inginkan pembaharuan, boleh mengharapkan untuk umno menerajui kepimpinan negara kearah itu.
Jelaslah bahawa umno tidak boleh diharap, maka sangatlah betul tindakan pengundi diseluruh negara menolak BN didalam PRU12 baru-baru ini.
Harapan sebahagian besar rakyat yang inginkan pembaharuan mahu tidak mahu kini hanya kepada Pakatan Rakyat dibawah kepimpinan Datuk Sri Anwar Ibrahim .
Datuk Sri Anwar perlu bekerja keras menyakinkan rakyat dan perlu mencapai kejayaan besar
didalam PRU 13 nanti .........................hanya kepada Allah kita berserah .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan