Mufti Perlis sokong bina Masjid Cina Muslim
KANGAR 24 Okt. – Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin bersetuju dengan cadangan agar masjid komuniti Cina Muslim didirikan kerana ia boleh membantu golongan Muslim bukan Melayu mendalami agama Islam dengan lebih berkesan.
Beliau berkata, penubuhan masjid itu adalah langkah terbaik kerana pengurusan masjid yang dikendalikan oleh golongan tersebut sendiri lebih memahami masalah yang dihadapi oleh komuniti Cina Muslim.
Katanya, jika imam-imam masjid itu terdiri daripada Cina Muslim, pengembangan agama Islam menjadi lebih mudah melalui pengunaan bahasa yang mudah difahami.
Beliau diminta mengulas cadangan Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Zulkifli Noordin di Parlimen semalam yang mahukan kerajaan membina sebuah masjid Cina di pusat bandar Kuala Lumpur dengan segala aktivitinya termasuk kuliah dan khutbah Jumaat disampaikan dalam bahasa Mandarin.Sebenarnya kita terlalu taksub kepada pemikiran lama, iaitu jika orang cina masuk Islam dipanggil masuk melayu, dan nama pun mesti diubah kepada nama melayu, berpakaian pun seperti orang melayu, maka kerana itulah kita tidak boleh terima jika ada masjid yang akan mengadakan khutbah didalam bahasa mandarin.
Bagi kita Islam itu hanya untuk orang melayu sahaja, sebab itulah kita tidak boleh terima Masjid
khas untuk orang-orang cina sahaja .
Kini rasanya masih belum terlambat untuk kita membetulkan semula persepsi negatif tersebut,
andainya kita berjaya membina Masjid pertama untuk cina muslim, saya fikir perkembangan
dakwah dikalangan orang cina akan lebih lancar dan berkesan .
Andaikata perkara ini berlaku, secara tidak langsung kita berjaya merapatkan jurang antara kaum dan agama di negara kita........................semoga berjaya.................aminnnnn.....................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan