KUALA LUMPUR 22 Okt. - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata UMNO kini berdepan dengan masalah 'sakit tua' yang hanya dapat disembuhkan sekiranya generasi muda diberi peluang menduduki jawatan utama dalam parti itu pada pemilihan Mac depan.
Beliau berkata, pemilihan pemimpin muda untuk jawatan selain Presiden dan Timbalan Presiden itu amat penting bagi membolehkan format pemikiran UMNO diubah supaya ia selari dengan kehendak rakyat.
Katanya, format pemikiran itu baru itu tidak akan dapat dicapai sekiranya UMNO terus diterajui golongan yang tidak mampu berubah disebabkan oleh faktor usia dan budaya politik yang telah ketinggalan zaman.
"Pada hemat saya, UMNO sedang menghadapi 'penyakit tua', 61 tahun umurnya dan penyakit tua ini tidak boleh diperbaiki oleh orang-orang yang tua.
"Maksud saya ialah mereka yang nak bertanding dalam UMNO, memegang jawatan-jawatan tertinggi haruslah terdiri daripada golongan muda yang memiliki idea-idea baru," katanya.
Saranan Tun Musa Hitam agar golongan muda diberi peluang menerajui kepemimpinan Umno bagi menyelamatkan Umno yang sedang menderita akibat sakit tua, menggamit saya untuk turut mengulasnya.
Bagi saya masaalah sebenar yang dihadapi Umno ialah sikap tidak mahu berubah, terasa selesa, tidak merasakan akan manjadi pengguna disuatu masa nanti atau lebih tepat merasakan Umno akan terus memerintah negara selama-lamanya.
Pemikiran-pemikiran beginilah yang telah menyekat Umno untuk berubah, walaupun golongan muda diberi peluang untuk memimpin, akan tetapi jikalau persepsi lama masih melekat disanu bari maka jangan diharap perubahan akan berlaku.
Dengan merasakan bahawa Umno tidak akan menjadi pengguna, maka para pemimpin umno merasakan ISA wajar dikekalkan, sistem kehakiman kekal seperti biasa, BPR masih ditakuk lama.
Mereka tidak memikirkan andaikata mereka tidak lagi memerintah dan keadaan sudah menjadi terbalik, mereka sudah menjadi pembangkang, adakah diketika itu baru mereka mahukan perubahan, mahukan ketelusan, mahukan keadilan ?
Sesungguhnya sikap begini tidak menguntungkan sesiapa, jangan tunggu nasi sudah menjadi bubur, baru mahu membuat perubahan, mahu mengikut kehendak rakyat..........sudah terlambat.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan