Isnin, 6 Oktober 2008

Perebutan harta karun

Pada Mac 2009 nanti , suatu perebutan untuk mendapatkan tempat didalam Umno bermula, kalau kita perhatikan pihak-pihak yang menawarkan diri, adalah orang -orang yang tidak pernah mempunyai sejarah perjuangan, tidak pernah menentang apa juga yang dibuat oleh pucuk pimpinan, mereka hanya tahu mengampu sahaja, yang penting mereka dapat jawatan, tiada langsung perjuangan untuk rakyat.


Umno semakin ketandusan pemimpin yang betul-betul berjuang untuk rakyat, kita ketagih kepada pemimpin seperti Rahim Bakar, Anwar Ibrahim, dan beberapa nama lagi yang betul- betul berjuang untuk rakyat.


Umno semakin dipenuhi oleh orang - orang yang mengejar impian untuk menjadi jutawan, berpolitik nak jadi jutawan, bukan berpolitik untuk membela rakyat.


Sebab itulah golongan muda semakin menjauhkan diri dari Umno, bukan melupakan jasa pemimpin umno terdahulu, tetapi meluat dengan pemimpin baru yang gila kuasa, gila pangkat, gila duit.


Sekarang orang semakin menaruh harapan kepada golongan baru, parti baru dengan harapan baru...... Parti keadilan rakyat, parti berbilang kaum dijadikan sandaran harapan, walaupun menyedari bahawa parti baru ini tidaklah sebagus mana tetapi rakyat tiada pilihan, harapan terakhir hanyalah kepada Anwar Ibrahim untuk merubah keadaan.


Keajaiban di tunggu untuk menjadi kenyataan, andainya kegagalan berakhir dihujung
harapan........ Hanya kepada ALLAH kita berserah........Wallahuaklam.

Tiada ulasan: