Rabu, 22 Oktober 2008

RAIS YATIM SARAN JAWATAN UMNO DI TENDER


  1. PUTRAJAYA 21 Okt. - Muak dengan gejala politik wang yang didakwa berlaku semasa pemilihan UMNO bahagian, Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyarankan agar semua jawatan tertinggi parti itu dipertandingkan secara 'tender'.
  2. Menteri Luar itu berkata, wang yang digunakan untuk mendapatkan jawatan tertinggi parti itu kelak boleh digunakan oleh parti untuk apa jua tujuan yang difikirkan perlu.
  3. Tegasnya, idea itu juga mungkin sesuai memandangkan politik wang telah menjadi budaya dalam UMNO sejak sekian lama.''Saya kira (jika) mereka nak menyumbang, adalah lebih baik UMNO mengadakan sistem tender iaitu siapa yang menyumbang lebih tinggi, dia jadi ketua dan UMNO akan ambil duitnya itu.''Siapa yang banyak duit, bolehlah mengemukakan tawaran. (Kelak nanti) kita dalam UMNO akan jadi bahan ketawa masyarakat umum," katanya.Menurut Rais,
  4. kesukaran UMNO menyelesaikan isu politik wang banyak dikekang ketiadaan bukti yang kukuh bagi menghukum mereka yang terlibat.Katanya, perlakuan orang yang memberi rasuah cukup sukar dibuktikan kerana pihak-pihak itu memainkan peranan yang cukup licik dan licin.''Mereka buat semasa orang 'tidur' atau masa orang tak sedar, jadi tidak dapatlah tindakan diambil kerana buktinya tidak ada," katanya.


  1. Sebenarnya rasuah politik boleh berlaku kepada mana-mana parti politik yang sedang berkuasa, Umno juga diperingkat awalnya tiada rasuah politik, diketika itu tiada siapa hendak menjadi pemimpin, pemimpin kebanyakanya dari kalangan guru-guru yang mempunyai semangat juang yang tinggi.
  2. Tetapi setelah masa berlalu dan masyarakat telah melihat bahawa mereka yang dulunya tidaklah sekaya mana, tiba- tiba setelah terlibat didalam politik dan didalam masa yang sama terlibat didalam sektor koperat telah menjadi tersangat kaya, barulah orang berlumba-lumba untuk menjadi pemimpin.
  3. Sekarang kebanyakan pemimpin umno adalah dari kalangan ahli koperat yang kebanyakanya lebih mementingkan keuntungan dan mengejar kekayaan dari memperjuangkan kepentingan rakyat,
  4. Perjuangan untuk rakyat hanyalah omongan kosong, yang digunakan untuk mendapatkan sokongan politik semata-mata dan selebihnya adalah untuk perut sendiri.
  5. Perkara ini boleh juga berlaku kepada pakatan rakyat, andaikata pakatan rakyat berjaya memerintah negara suatu masa nanti .
  6. Di ketika itu masing-masing berebut pula nak jadi pemimpin khususnya dari kalangan pemimpin yang telah berpengalaman mencari kekayaan dari kegiatan berpolitik.
  7. Adalah diharapkan pakatan rakyat mengambil ikhtibar dari apa yang berlaku didalam umno , supaya rasuah politik tidak berjangkit pula kedalam dirinya.


Tiada ulasan: