Selasa, 29 Disember 2009

Celako, Celako, baso Celako..... ?

Saya menonton berita di tv3 malam ini dan melihat temuramah wartawan dengan Nik Aziz, saya mendengar beliau menyebut " celako, celako, baso celako, penulis blog lagu tu " dengan penuh perasaan, terkejut saya di buatnya, apa yang di maksudkan oleh Nik Aziz ialah tentang ada blog yang menulis kononnya beliau mahu menggugurkan dua setia usahanya, sesuatu yang menurutnya adalah tidak benar.

Sebetulnya, ini bukan pertama kali saya melihat Nik Aziz bertindak di luar dugaan, saya selalu melihat beliau sering berkerut kening ketika wartawan mengemukakan soalan-soalan panas dan lantas menyindir dengan pedas terhadap wartawan tersebut.

Didalam hal menghadapi tekanan wartawan ini, saya kagum dengan Dr Mahathir, beliau sentiasa tersenyum apabila menghadapi wartawan yang kadang-kadang sengaja mengemukakan soalan pedas dan panas yang bagi orang yang tidak sabar akan segera bertindak keterlaluan, tetapi Dr Mahathir boleh membalas balik jawapan tersebut dengan sinis dan pedas juga, tetapi berserta senyuman.

Seorang lagi yang saya perhatikan boleh bertindak sebegitu ialah Datuk Sri Anwar Ibrahim, kalau orang lain-lain , kebanyakkannya akan berkerut kening, kadang-kadang nak menangis pun ada.

Sebenarnya, wartawan yang bagus, adalah wartawan yang berani dan boleh mengenakan tekanan terhadap orang yang di temuramahnya, melalui tekanan itulah, akan keluar kenyataan spontan dari mulutnya dan kita boleh menilai sifat sebenar seseorang itu.

Di dalam kes Nik Aziz ini, saya sebenarnya tidaklah berani nak ulas banyak-banyak, maklumlah beliau mempunyai ramai sekali penyokong tegar, kalau di ibaratkan beliau menjadi MB di Afghanistan atau di Pakistan, ramai dari kalangan penyokongnya yang sanggup meletupkan diri demi mempertahankan Tok Guru ini.

Oleh itu cukuplah kalau saya katakan bahawa saya tidak seronok melihat temuramahnya, saya melihat seperti ada sesuatu yang tidak kena, terutamanya apabila mengenangkan bahawa beliau begitu dihormati, disanjungi oleh orang-orang Kelantan, Oleh itu tidak sepatutnya beliau mengeluarkan perkataan-perkatan pedas seperti itu, lainlah jika beliau orang biasa........



Jangan Biarkan Husam Kosongkan Kerusi DUN Salor ....... akibat dari celako,celako,celako




3 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam Ababina, kawan amat setuju dengan pandangan tuan....... kawan pun tak berani komen banyak-banyak... kawan hurmati dengan ilmu Tok Guru.....

.@blogger.com berkata...

Salam Ababina, letaklah visitor counter diblog ini supaya kita dapat kesan dan pantau berapa ramai pengunjung blog ini dlm masa sehari ~ bRAVEhEART

ababina328 berkata...

Sdr Yang Gambi,
Terima kasih diatas komen sdr.




sdr .@blogger.com

Berkaitan cadangan sdr supaya saya meletakkan visitor counter di blog ini,
Terima kasihlah diatas cadangan sdr itu, masaalahnya...tak boleh nak buat, ada problemlah......