Sabtu, 19 Disember 2009

Kos rawatan Sultan Kelantan melebihi RM1Juta

Perjelas isu kos rawatan Sultan Kelantan menjadi salah satu tajuk di satu kolum berita Utusan Malaysia hari ini . Perkara tersebut berbangkit apabila Kerajaan negeri diminta memberi penjelasan berhubung desas-desus yang bayaran kos rawatan Sultan Kelantan di Singapura tertunggak lebih RM1 juta.

Berita tersebut menyebut bahawa Ketua Penerangan UMNO negeri, Dali Hussin berkata, sekiranya benar masalah itu berbangkit adalah wajar kepimpinan negeri yang diterajui Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelesaikannya.

Sebenarnya didalam politik ini, kebenaran bukan menjadi perkara utama, yang menjadi perkara utama ialah peluang, peluang menyalahkan lawan didalam politik.

Oleh itu apabila Ketua Penerangan UMNO negeri, Dali Hussin membangkitkan perkara ini, sebenarnya, secara tidak langsung memberi peluang rakyat menilai akan hala tuju perjuangan seseorang pemimpin dan bagaimana caranya berfikir.

Seperti yang kita ketahui, kos rawatan di Singapura tentulah lebih tinggi, kerana faktor nilai tukaran wangnya dan lain-lain sebab, tetapi kualiti perubatannya tidaklah sebaik mana.

Sebagai contoh Tun Dr Mahathir semasa berkuasa dahulu, dia memilih untuk membuat rawatan dan pembedahan didalam negara, walhal jika dia mahu, jangankan di Singapura, di hujung dunia mana pun dia boleh.

Lagi pun jika berubat didalam negara, kosnya tidaklah sebegitu tinggi, tetapi apa yang terjadi ialah Sultan Kelantan memilih untuk berubat di Singapura, setelah berada di Singapura beberapa bulan, kos perubatan dan lain-lain caj telah meningkat keangka melebihi RM1 juta.

Siapa yang tanggung semua ini ? rakyat ! sebagai Sultan, yang sepatutnya menjadi payung negeri, semua ini patut juga difikirkan, tetapi itulah yang terjadi, semua perkiraan ini tidak diambil kira.

Adalah dibimbangkan jika trend ini berterusan, tidak mustahil puluhan tahun akan datang, akan muncul pemimpin rakyat yang berani mempersoalkan apa yang dilakukan oleh para Raja-raja, sesuatu yang amat malang dan perlu dihindari.

Semoga semua ini tidak akan berlaku, tetapi jika berlaku juga, siapakah yang akan dipersalahkan ?

Oleh itu apabila ada rakyat yang mempersoalkan dan mencadangkan supaya Sultan di bawa pulang dan mendapatkan rawatan didalam negeri, supaya negeri tidak menanggung kos hutang perubatan yang tinggi, maka takkanlah itu pun di anggap sebagai satu kesalahan.






2 ulasan:

.@blogger.com berkata...

Salam sdr, saya link-kan posting terdahulu blog sdr mengenai rasuah dari posting saya hari esok, terima kasih ~ bRAVEhEART

ababina328 berkata...

Terima kasih sdr bRAVEhEART

Berkata benarlah walau pun pahit.

sdr harap sdr berpeganglah prinsip ini walaupun akibatnya nanti orang tidak senang dengan kita.