Khamis, 22 April 2010

Sistem karong sampah

Saya tertarik juga dengan cadangan dari Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang saya cedok dari berita Sinar Harian seperti dibawah, ini bukan bermakna saya takut Pakatan Rakyat kalah, tetapi saya sudah bosan dengan kerenah parti-parti politik yang bertanding baik dari BN atau Pakatan Rakyat .

Di pihak BN, mentang-mentang dia menguasai pemerintahan negara, semua media dia gunakan, apa ni ?, diketika masa berkempen belum bermula, dia dah mulakan kempen melalui pemberitaan media, orang buat salah, dia buat tak apa.

Memang hantu sungguh......dia gunakan semua, dari Polis, SPR, Mahkamah, dan macam-macam lagi..........entah bentuk pemerintahan apa yang dibawa oleh BN pun kita tak tahu nak panggil, munkin sistem karung sampah kot......


Kerajaan diminta kaji hapus pilihan raya kecil

TEMERLOH - Kerajaan diminta mengkaji kemungkinan menghapuskan pilihan raya kecil (PRK) demi faktor ekonomi, keselamatan dan untuk membendung aktiviti rasuah, sebaliknya digantikan dengan mekanisme lain.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dengan siri PRK yang diadakan selepas pilihan raya umum, wang dan masa yang sepatutnya ditumpukan kepada agenda pembangunan terganggu akibat tekanan politik.

Beliau berkata, perlembagaan boleh dipinda untuk menghapuskannya, seperti yang pernah dilakukan untuk memansuhkan pilihan raya tempatan.

“Walaupun proses demokrasi itu baik, tidak semestinya tidak boleh diubah mengikut keadaan. Cuba bayangkan berapa wang dihabiskan, di samping petugas parti yang keletihan (akibatnya). Saya diberitahu kos bagi 20 PRK boleh menampung satu PRU.

“Jadi wang dan masa yang sepatutnya ditumpukan kepada agenda pembangunan selama lima tahun selepas PRU, sebagaimana dipilih rakyat, menjadi terganggu, sedangkan ada mekanisme lain boleh difikirkan.

“Selain itu wujud ketegangan kepada pengundi dan penduduk setempat gara-gara kempen parti yang bertanding. Rasuah menjadi subur. Tengok PRK Hulu Selangor ini. Belum apa-apa lagi saya diberitahu sudah berlaku rasuah kepada pengundi, termasuk janji bernilai puluhan juta ringgit,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan penangguhan selaku Yang Di-Pertua Pas Kawasan sempena Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kuala Krau, di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, negara-negara maju pun tidak mengamalkan sistem PRK ini dan sudah sampai masanya kerajaan mengkaji semula setelah negara ini lebih setengah abad merdeka demi kesejahteraan semua.

Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, sistem pilihan raya di Malaysia memerlukan banyak semakan semula terhadap perjalanan yang menerima pelbagai kritikan seperti isu undi pos.

Menurutnya, selain itu sistem kawalan penggunaan jentera kerajaan dalam pilihan raya, isu rasuah dan sogokan, pengisytiharan pelbagai projek segera dan isu penggunaan media rasmi sebagai media kempen oleh parti pemerintah adalah antara pelbagai isu yang memerlukan kesungguhan dan ketegasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tuan Ibrahim mencadangkan jika berlaku kekosongan kerusi akibat kematian penyandangnya atau meletak jawatan, terus digantikan sahaja calon lain yang dipilih daripada kalangan parti yang menang pada PRU di kawasan berkenaan.

“Meneliti pelbagai kesan yang lahir dari PRK, apakah masih wajar kita meneruskan sistem ini atau kita memikirkan kaedah baru dengan memberikan mandat parti yang memenangi dalam PRU bagi mengganti kekosongan tersebut.

“Ini bermakna PRU merupakan satu-satunya wadah bagi rakyat menentukan kerajaan yang mereka ingini.

“Sebarang pembentukan kerajaan hanya berlaku setelah selesai PRU, maka tidak timbul soal ada wakil rakyat yang dibeli, dijual atau dilelong dan tidak akan berlaku tumbangnya kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam PRU hanya kerana adanya wakil rakyat yang melompat keluar. Rakyat ingin melihat pemimpin yang jujur, amanah dan setia dalam perjuangan,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, akibat PRK kerajaan yang dipilih rakyat yang sepatutnya diberi peluang, menerima tekanan akibat kempen-kempen yang tidak seimbang.

Menurutnya, berlaku di negeri-negeri Pakatan seperti Selangor, yang, setelah menang mendapat mandat rakyat, menerima tekanan berterusan dan jika banyak PRK risikonya sesebuah kerajaan boleh tumbang.

Beliau berkata, negara-negara maju pun tidak mengamalkan sistem PRK ini dan sudah sampai masanya kerajaan mengkaji semula setelah negara ini lebih setengah abad merdeka demi kesejahteraan semua.




Lebih kurang sama......Royalti Ke Mahkamah percaya lagi ke....





1 ulasan:

ALI MAIDIN berkata...

BN lagi suka tu....