Jumaat, 13 Mac 2009

Apakah undang - undang di Malaysia ini ada dua muka surat ?


Seramai lapan orang akan dihadapkan ke mahkamah kerana menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dalam blog masing-masing.

Enam daripada mereka akan didakwa esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Kota Kinabalu dan Butterworth di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Mutlimedia 1998 kerana perbuatan menyiarkan " isi kandungan sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat mengacau, mendera, menggugut atau mengganggu".

Manakala dua yang lain akan didakwa dibawah tuduhan yang sama di Terengganu Ahad ini. mereka yang didapati bersalah akan dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya, ini adalah kali pertama individu didakwa di bawah seksyen tersebut.

Dengan tersiarnya berita ini, adakah para blogger akan ketakutan untuk menulis diblog masing-masing ?

Munkin akan ada yang kecut perut, lantas akan menghadkan penulisan masing-masing, sebenarnya anda tidak perlu terlalu takut untuk meluahkan pendapat anda, cuma anda janganlah menulis secara membabi buta, seperti sampai menghina Sultan, tetapi jika anda meluahkan perasaan anda secara berhemah, walaupun kepada Sultan, munkin tiada masaalah.

Cumanya yang kita terkilan, ialah selalunya sikap kerajaan kepada sesiapa juga yang meyokong pembangkang, tidak sama tindakkannya kepada yang menyokong kerajaan, walau pun kesalahannya adalah sama .

Sebagai contoh, semasa penyokong UMNO membantah perlantikkan Menteri Besar Datuk Ahmad Said di Terengganu tempoh hari, apakah sampai memanggil Sultan Terengganu " natang" tidak salah ?

Kalau salah kenapa sehingga kehari ini, kita tidak pernah mendengar pun puak-puak ini didakwa, apakah undang-undang di Malaysia ini ada dua muka surat ? satu untuk pembangkang dan satu lagi untuk ahli UMNO .

Begitu juga tindakan kepada penulis blog, sekarang tindakan telah diambil kepada penulis blog kerana dikatakan menghina Sultan, baiklah kita terima...............

Tetapi apabila penulis blog dari kalangan UMNO, juga menghina Sultan, tindakkan yang sama perlulah diambil kepada mereka-mereka ini.

Kalau tindakkan double standard seperti ini berterusan, akan menyebabkan rakyat semakin memprotes dan undang-undang tidak dipedulikan lagi .

Oleh itu tindakkan biarlah berpada-pada dan sama rata, apa yang berlaku kepada penulis blog
"cucu mat kilau" yang menurutnya Polis cuba gertak keluarga saya' adalah keterlaluan dan tidak boleh diterima.


5 lagi didakwa hina Sultan

Pembantu makmal didenda RM10,000



4 ulasan:

.@blogger.com berkata...

bosanlah, asyik2 salah kerajaan,asyik2 salah kerajaan, yang pembangkang tak pernah buat salah ke? oh mungkin pembangkang ni wali allah yang tak pernah bersalah.

ababina 328 berkata...

Sabarlah member, nak buat macam mana dah memang salah .............

.@blogger.com berkata...

sebenarnya semua kita benar kerana kita guna neraca kita sendiri.

Kembara Politik berkata...

Assalamualaikum,

Berkenaan menghina Sultan Perak, memang pakatan rakyat sangat keterlaluan. Beratus-ratus 'banner' menghina secara online ditulis dalam Buku Pelawat Pej Sultan Perak. Bukan 1, tapi beratus-ratus. Dan lagi pedih, blogger Hindraf yang saudara sokong teguh menghina Sultan dengan menyamakan Sultan anjing. Memang biadap.

Seorang hamba Allah membuat penerangan di blog saya tentang isu banner "Derih natang". Isu banner Deris Natang itu bukan dipamer di Istana tetapi di depan rumah rasmi MB yg mana dituju kpd Ahmad Said.

Tapi fakta yg jelas: Pakatan Rakyat membuat penderhakaan dgn membaling objek ke kenderaan istana dan sanggup menghalang (berbaring sambil memegang bendera Palestin terbalik) menghalang kenderaan Sultan.

Untuk lebih jelas berkenaan penderhakaan ini, rujuk artikel saya di sini:

http://kembarapolitik.blogspot.com/2009/02/kesetiaan-kepada-raja-dan-negara.html

Baca artikel beserta komen.