Ketika itu Menteri Besar BN, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin juga hadir, yang hebatnya YB Mohd. Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid itu dan terus di jemput oleh AJK masjid untuk mengimamkan solat Maghrib.
Selepas solat Maghrib, Datuk Sri Mohammad Nizar Jamaluddin di jemput pula memberi tazkirah seperti yang lazim yang dilakukan olehnya, sementara menunggu sembahyang isyak, tetapi dibantah oleh Zambry dan Imam jemputan bersongkok tinggi, maka untuk mengelakkan konfrantasi berpanjangan, Nizar pun menukarkan dengan majlis bacaan Yaasiin, Zambry bertindak keluar, tetapi Muhyiddin meneruskan bacaan Yaasiin.
Sebenarnya berita diatas saya olah dari berita mutakahir yang disiarkan oleh Berita harian yang
bertajuk
Nizar cuba 'rampas' majlis BN: Zambry 23:02 PM .
Saya sangat percaya, versi asal peristiwa yang berlaku ialah seperti mana yang saya olah diatas, sebab BN ni memang pandai membuat cerita karut, buktinya ialah seperti yang dialami oleh PROFESSOR DR. HJ. HAMIRDIN BIN ITHNIN yang ditulis didalam blognya hamirdin bertajuk TAZKIRAH NIZAR .Yang sebenarnya Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamalaluddin memang sering dijemput memberi tazkirah dimerata-rata masjid, sama ada semasa masih memegang jawatan Menteri Besar Perak atau selepasnya, jadi rakyat Perak sememangnya sudah biasa dengan keadaan tersebut, cuma Menteri Besar BN, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir saja buat-buat terkejut.
Penjelasan sebenar dari Nizar =
PAS: Imam serah mikrofon kepada Nizar, bukan rampas
Imam bagi penjelasan, Zamry sebenarnya tipu
Dibawah adalah petikan Video dan gambar pilihan sempena hari penamaan calon di P059 Bukit Gantang hari ini =
- Bukit Gantang : Suasana penyokong BN dan penyokong Pas di hari penamaan calon.
- Bukit Gantang : Pengisytiharan calon bertanding.
- Bukit Gantang : Suasana penyerahan borang bagi 3 calon.
ANGGOTA polis merampas bendera Pas yang dibawa penyokong pembangkang pada hari penamaan calon pilihan raya kecil DUN Batang Air. Bagaimanapun ia dikembalikan semula selepas itu.
PENYOKONG Pas ketika di Dewan Perbandaran Taiping tempat pencalonan untuk bertanding kerusi Parlimen Bukit Gantang.
KHAIRY Jamaluddin bersalaman dengan para penyokong Pas di tempat pencalonan yang bertanding kerusi Parlimen Bukit Gantang.
PERANG POSTER ... Kehangatan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen (P.59) Bukit Gantang mula dirasai apabila parti-parti bertanding mula menaikkan bendera masing-masing di Kampung Sendok, Bukit Gantang di Taiping.
Bendera parti yang bertanding di pilihan raya Parlimen Bukit Gantang di gantung sepanjang jalan Kampung Paya.
Foto penamaan calon Bukit Selambau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan