“Kita tidak boleh membenarkan mereka berhimpun beramai-ramai secara haram atas faktor keselamatan dan lagipun majlis ceramah yang diadakan itu tidak mendapat permit polis,” demikian kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali.
Inilah alasan Polis, kononnya perhimpunan tiada permit, kalau dah sengaja tidak diberi, mana nak ada permit, memang dasar BN yang mempelopori ketidak adilan .
Polis telah menggunakan “water canon” (semburan air) untuk menyuraikan lebih 10,000 orang yang menyertai perhimpunan di hadapan padang awam Taman Ria Jaya, di Sungai Petani malam tadi.
Perhimpunan diadakan dihadapan Padang awam, bukannya mengganggu jalan raya, kenapa ditempat seperti itu pun tidak diluluskan permit.
Sebenarnya Polis diarahkan supaya menghalang rakyat dari mendapat sebarang maklumat, tambahan pula diperhimpunan tersebut dijangka dihadiri oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Masaalahnya, diketika rakyat dihalang dari mendapat maklumat dari saluran yang sebenarnya iaitu dari sumber PKR sendiri, dipihak kerajaan pula bebas menyalurkan berita palsu, melalui TV dan akhbar yang di kontrol oleh mereka.
Diketika pihak pembangkang dilarang memulakan kempen, mereka telah lebih awal lagi berkempen melalui Radio, TV, dan akhbar-akhbar, ini telah menyebabkan rakyat semakin tidak berpuashati lantas mereka berusaha untuk mendapatkan maklumat sebenar dari sumber ceramah dan sebagainya.
Justeru itu percayalah, bahawa usaha menyekat rakyat dari mendapat maklumat dari pihak pembangkang tidak akan mempengaruhi pengurangan undi kepada Pakatan Rakyat, seperti
mana yang dihajati oleh pihak BN, sebaliknya undi yang akan diperolehi oleh Pakatan Rakyat nanti adalah semakin meningkat.
Telah beberapa kali strateji yang salah seperti ini memakan tuan, namun selepas pilihan raya, masih kedengaran ulasan oleh para penganalisis yang kononya pakar, bahawa " kekalahan ini adalah disebabkan rakyat memprotes diatas sikap kita yang bertindak keterlaluan terhadap orang ramai."
Kononya rakyat tidak benci kepada kerajaan BN tetapi rakyat memprotes diatas sikap Polis yang melampau semasa menghalang rakyat dari mendapat maklumat daripada sumber alternatif.
Yang lucunya, walaupun sudah memahami, kenapa ianya berlaku, tetapi semasa menghadapi pilihan raya seterusnya, sikap pihak Polis masih sama seperti semasa menghadapi pilihan raya sebelumnya, ertinya pihak kerajaan secara tidak sengaja, atau disengajakan, telah bertindak mengikut acuan yang dikehendaki oleh pihak lawannya.
Puncanya adalah kerana, dipihak kerajaan berpendapat kononya, bila rakyat disekat dari mengetahui perkara sebenar dari pihak pembangkang, adalah diharapkan orang ramai akan memberikan undinya kepada BN, tetapi apa yang sebenarnya terjadi ialah dengan berbuat demikian, undi rakyat kepada BN akan semakin mengecil, ini adalah kerana para pengundi semakin simpati kepada pembangkang yang sentiasa ditekan dan ditindas .
Tambahan pula seperti kes diPerak, nampak jelas bahawa kezaliman BN yang bertindak merampas kuasa yang rakyat berikan kepada PR, oleh itu undi simpati, pasti akan mempengaruhi sebilangan besar pengundi nanti.................justeru itu, saya meramalkan bahawa insyaAllah PR akan menang di ketiga-tiga kawasan yang dipertandingkan kelak....................sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan