Ahad, 1 Mac 2009

Tiba-tiba sanggup tunggu keputusan mahkamah pulak .......................

Najib kata Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak boleh mengadakan sidang tergempar Selasa ini selagi mahkamah belum membuat keputusan berhubung dua kes berkaitan kerajaan negeri itu.

Dia kata, dua kes itu ialah kedudukan tiga wakil rakyat negeri tersebut dan status Kerajaan Negeri Perak dari segi perlembagaan.

Kalau gitu Zambry juga tidaklah boleh mengaku dirinya MB Perak, hah.......tak malu ke weh ..... bila terantuk baru tengadah .............

Pulak tu si Zambry ni tak malu pulak nak komen kononya tindakkan speaker Macam ‘kartun’
bila dah kena macam ni, baru sibuk konon nak ikut undang-undang ..............

Kepada para penyokong BEE END, apa macam sekarang ? nampaknya sudah jelas bahawa Najib kamu sudah mengaku kalah, mintak tunggu keputusan Mahkamah pulak, dulu tak nyempat-nyempat nak tumbangkan kerajaan PR diperak, diajak bubar DUN tak mahu .

Setelah itu ajak pula sultan perak bersekongkol, bukan apa sengaja nak jadikan sultan perak sebagai perisai................ lepas tu, mulalah tuduh orang tak hormatkan sultan perak, rakyat bukan tak hormatkan sultan, cuma terkilan, kerana sultan sudi diperalatkan oleh bee end .

Bee end yang akan end tak berapa lama lagi, dah tersilap langkah, nak mengaku malu.............

http://2.bp.blogspot.com/_xLanMaXr1bU/SFszTnP2-OI/AAAAAAAAAI4/1csJgvM-EDM/s320/keldai.jpeghttp://2.bp.blogspot.com/_xLanMaXr1bU/SFszTnP2-OI/AAAAAAAAAI4/1csJgvM-EDM/s320/keldai.jpeghttp://2.bp.blogspot.com/_xLanMaXr1bU/SFszTnP2-OI/AAAAAAAAAI4/1csJgvM-EDM/s320/keldai.jpeghttp://2.bp.blogspot.com/_xLanMaXr1bU/SFszTnP2-OI/AAAAAAAAAI4/1csJgvM-EDM/s320/keldai.jpeghttp://2.bp.blogspot.com/_xLanMaXr1bU/SFszTnP2-OI/AAAAAAAAAI4/1csJgvM-EDM/s320/keldai.jpeghttp://2.bp.blogspot.com/_xLanMaXr1bU/SFszTnP2-OI/AAAAAAAAAI4/1csJgvM-EDM/s320/keldai.jpeghttp://2.bp.blogspot.com/_xLanMaXr1bU/SFszTnP2-OI/AAAAAAAAAI4/1csJgvM-EDM/s320/keldai.jpeghttp://2.bp.blogspot.com/_d2wIJZuuA1g/SXLRXyoW1ZI/AAAAAAAAAHA/KoM-DmqJ_r0/s400/beruk2.bmphttp://2.bp.blogspot.com/_d2wIJZuuA1g/SXLRXyoW1ZI/AAAAAAAAAHA/KoM-DmqJ_r0/s400/beruk2.bmp

KUANTAN 28 Feb. – Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak boleh mengadakan sidang tergempar Selasa ini selagi mahkamah belum membuat keputusan berhubung dua kes berkaitan kerajaan negeri itu.

http://2.bp.blogspot.com/_xLanMaXr1bU/SFszTnP2-OI/AAAAAAAAAI4/1csJgvM-EDM/s320/keldai.jpegTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dua kes itu ialah kedudukan tiga wakil rakyat negeri tersebut dan status Kerajaan Negeri Perak dari segi perlembagaan.

Beliau bagaimanapun tidak menolak tindakan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar mengadakan sidang tergempar bertujuan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

“Dia (Sivakumar) tidak boleh (buat sidang tergempar) sebab mahkamah belum membuat keputusan bahawa tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu masih lagi wakil rakyat dan mereka tidak mengosongkan jawatan mereka sebagai ADUN.

“Kita tunggu keputusan mahkamah dahulu, kita kena pastikan bahawa kerajaan BN di Perak adalah sah dari segi perlembagaan.

“Keputusan yang dibuat oleh Speaker DUN negeri itu tidak sah, perkara ini perlu diputuskan oleh mahkamah terlebih dahulu,” katanya.

Najib mengulas tindakan Sivakumar mengeluarkan notis sidang tergempar DUN Perak pada Selasa ini bagi membincangkan dua usul yang diterima pada 24 Februari lalu.

Sivakumar berkata, semua wakil rakyat diarah hadir kecuali Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir, enam anggota Exco kerajaan negeri dan tiga wakil rakyat iaitu ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi, ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Mohd. Jailu dan ADUN Jelapang, Hee Yit Fong .



ULASAN TOK ISKANDAR TENTANG ISU POLITIK TERKINI


SIAPA TAK DAPAT GAJI? NIZAR ATAU ZAMBRY


JANGAN TERPERANGKAP DALAM JERAT BN


Saman Nizar-Zambry: 4 persoalan berperlembagaan untuk penentuan

Pelantikan Zambry: 4 soalan dirujuk


Tiada ulasan: