Isnin, 2 Mac 2009

PELIK TETAPI BENAR , LAWAK TETAPI TIDAK LUCU ..............

Hairan lagi ajaib, Haji Hadi yang dikenali sebagai seorang yang berpendirian keras selama ini, terutamanya dengan UMNO, beliaulah yang mempelopori semangat trajedi Memali, beliaulah yang berkeras bahawa kita bukan memusuhi UMNO kerana namanya UMNO, kita bukan memusuhi BN kerana namanya BN, tetapi kita memusuhi UMNO dan BN kerana mereka mengekalkan perlembagaan jahiliyah, mengekalkan perlembagaan kafir .


Tiba-tiba diketika UMNO dan BN sedang tersepit, sedang nazak, Haji Hadi berubah sikap, beliau menghulurkan tali, beliau pula mencadangkan satu gencatan senjata......................... pelik tetapi benar ................

[siasah+138.JPG]

SIASAH dalam keluaran terbarunya melaporkan cadangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, agar semua parti-parti politik di negara ini bersatu untuk agenda yang lebih besar negara iaitu bekerja untuk kepentingan rakyat.

Beliau mencadangkan pengalaman Habibie, Presiden Indonesia selepas Suharto, membentuk kerajaan perpaduan di negara itu dijadikan contoh ikutan.

Dalam kerajaan perpaduan itu, semua parti politik bersatu dalam kerajaan dan bekerja untuk matlamat bersama.

Kesan, Habibie walaupun memimpin Indonesia selama dua tahun sahaja tetapi peninggalannya berjaya membina semula Indonesia dalam konteks pencegahan rasuah, kebebasan media dan pembangunan ekonomi.

Presiden PAS berharap melalui pendekatan ini semua pihak akan bekerjasama untuk kepentingan negara bukan lagi untuk kepentingan parti masing-masing yang sempit.
91 comments



Munkin benar juga seperti kata sesetengah blogger, bahawa kalau dihalusi idea ini datangnya dari mereka yang sudah tidak sabar. Mereka mahu menjadi Menteri. Mereka mahu merasa menjadi Menteri sebelum menghembus 'nafas terakhir'.


Lupakan Saja Kerajaan "Perpaduan" - (hj, suhaimi said)



Reformasi - Antara Habibie dan Haji Hadi
- (rahim kassim)



Kerajaan BN-Pakatan tidak jelas (muhyiddin yassin- utusan)


Cadangan PAS baik, tetapi tidak perlu - (nobisha)



Jangan salah tafsir pandangan Abdul Hadi -(Zulkifli sulung)


Agaknya sudah tiba masanya Haji Hadi berundur, dan menyerahkan jawatan presiden kepada
golongan muda, kalau tidak mahu juga berundur, terpaksalah ditolak ketepi ................


Nik Aziz: Pemilihan PAS guna kaedah Syura

Tiada ulasan: