Rabu, 14 Januari 2009

MENGENANG KEMBALI KESILAPAN YANG TIDAK BOLEH DI MAAF KAN

Siapakah yang bertanggung jawab di dalam menjadikan Singapura berkeadaan sedemikian rupa ?

Jawapannya ialah Tunku Abdul Rahman, iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama, beliaulah yang telah memberikan kemerdekaan kepada Singapura.

Untuk mengetahui kisah seterusnya sila baca dibawah .....



Zionis terus membedil Gaza dengan ‘azam’ untuk memastikan tiada lagi serangan roket oleh Hamas ke atas wilayah Israel. Angka korban rakyat Palestin meningkat kepada lebih 800 orang.

Tentera Washington buka tender sewa kapal dagang untuk hantar 3,000 tan peluru ke Israel.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon kecewa dengan kedegilan Israel dalam melaksanakan gencatan senjata.

Perdana Menteri Israel Ehud Olmert maklumkan negara Yahudi itu ‘tidak pernah setuju dengan campur tangan luar’ merujuk kepada Majlis Keselamatan.

Begitulah angkuhnya Israel, kenapa dia angkuh ? sebab ada Amerika dibelakangnya dan semua manusia didunia ini tahu, bahawa Amerika adalah negara terkuat didunia, siapa pun tidak sanggup menentangnya.

Itu kisah Israel yang angkuh dan Amerika yang melindunginya, yang malangnya kita di Malaysia ini juga, boleh menghadapi keadaan yang sama, jika kita tidak bijak menangani situasi yang munkin mendatang.

Apa yang saya maksudkan ialah negara jiran kita Singapura, Singapura sebenarnya sebiji macam Israel, kedudukannya yang dikelilingi oleh negeri-negeri Melayu, iaitu Malaysia, Indonesia, dan Brunei.

Menyedari situasi tersebut, Singapura telah memperkuatkan angkatan tenteranya sehingga kesatu tahap, Lee Kuan Yew iaitu bekas Perdana Menteri Singapura dan kini penasihat kepada Perdana Menteri Singapura mencabar mana-mana negara yang berhajat menyerang Singapura bolehlah berbuat demikian.

Maksud dari kenyataan Lee Kuan Yew itu ialah, Singapura kini berada didalan keadaan yang benar-benar bersedia, kelengkapan ketenteraannya adalah yang tercanggih dirantau ini, jet pejuangnya banyak dan terbaik, kereta kebalnya banyak juga terbaik, peluru berpandunya banyak dan boleh sampai beribu-ribu kilometer jaraknya dan penasihat ketenteraannya adalah Israel, malah tentera Singapura ada berlatih di Israel.


Lee Kuan Yew

Siapakah yang bertanggung jawab di dalam menjadikan Singapura berkeadaan sedemikian rupa ?

Jawapannya ialah Tunku Abdul Rahman, iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama, beliaulah yang telah memberikan kemerdekaan kepada Singapura.

Alasannya ialah, beliau bimbang konsep Malaysian Malaysia yang dibawa oleh Lee Kuan Yew boleh merebak keseluruh Malaysia, satu alasan yang sangat dangkal, munkin ada alasan peribadi, yang tidak boleh diberitahu, kecuali Allah Yarham sendiri yang tahu agaknya.

Tindakan tersebut telah mendapat sedikit tentangan, antaranya dari Mahathir Mohammad dan lain-lain individu didalam UMNO, selepas itu senyap ................ yalah apa nak dibuat lagi dah, benda dah terlepas, Tunku Abdul Rahman mengikut kata Mahathir, telah menandatangani surat penyerahan kemerdekaan Singapura tanpa merujuk kepada kabinet dan AMT UMNO terlebih dahulu.

Jikalah Singapura masih didalam Malaysia, tentulah ianya tidak menjadi ancaman kepada negara serantau, tentulah ianya tidak boleh memperkuatkan pasukan tenteranya, kerana segala-galanya masih bersama didalam Malaysia.

Tentang kebimbangan Tunku, kononnya Lee Kuan Yew akan menyebarluaskan konsep Malaysian Malaysia ke seluruh negara, saya hairan juga, setakat mana yang boleh disebarkan oleh Lee Kuan Yew, lebih-lebih yang dapat ditawan oleh PAP, iaitu parti yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew ketika itu, setakat Singapura, Pulau Pinang, dan munkin Perak atau Selangor.

Lain-lain negeri adalah tidak munkin ditawan oleh Lee Kuan Yew kerana majoriti penduduknya adalah Melayu.

Manakala konsep Malaysian Malaysia yang sama diperjuangkan oleh DAP sekarang, adakah ianya sangat bahaya kepada orang Melayu ?

Sebenarnya konsep Malaysian Malaysia, mahu atau tidak mahu, lambat laun terpaksa diterima juga oleh penduduk Malaysia, ianya samalah dengan kes penduduk kulit hitam di Amerika. yang diperingkat awalnya, jangankan hendak menjadi Presiden, hendak mengundi didalam Pilihan Raya pun tidak boleh.

Tetapi lama kelamaan, setelah 200 tahun, pemikiran orang pun telah berubah oleh kitaran masa maka perkara yang dulu tidak boleh, kini boleh, akhirnya jadilah Barrack obamma Presiden Amerika .

Begitu jugalah denga konsep Malaysian Malaysia, sekarang memanglah kita orang Melayu tidak boleh terima, kerana kita merasakan kita adalah penduduk asal di negara ini, tetapi jika 200 atau 300 tahun lagi, diketika itu semua orang di Malaysia, terutama orang-orang Melayu tidak boleh lagi berfikiran ada Bumiputra atau tidak Bumiputra, kerana semua orang di Malaysia akan merasakan dirinya sama.

Jadi jelaslah kebimbangan Tunku Abdul Rahman itu, adalah mengarut sama sekali, akhirnya dia telah membuat keputusan yang sangat bahaya, dan kesannya akan di tanggung oleh orang Melayu munkin 50, 100, 200, atau 300 tahun lagi.

Akhirnya sama- samalah kita berdoa semoga cicit, ciat dan entah apa lagi gelaran untuk generasi akan datang, tidak akan menghadapi situasi yang sama seperti yang dialami oleh penduduk Gaza sekarang ini ......................... Amin amin ya rabbal alamin .

Dulu seludup makanan, kini senjata

Kubu rahsia Hamas

2 ulasan:

.@blogger.com berkata...

Salam,
Memang mudah menyalahkan seseorang. Dimana kita ketika itu? Kalaupun kita sudah lahir bukanlah kita dikalangan pembuat keputusan itu. Bolehkah kita menyalahkan ibu yang melahirkan kita yang tanpa kemahuan kita?

Masa lalu itu tidak akan berulang lagi. Persoalan sekarang, bagaimana kita mesti menangani keadaan dan cabaran yang akan kita hadapi? Bagaimana kita perlu perkuatkan negarabangsa kita agar tidak mudah tunduk kepada ancaman luar ataupun dalaman. Dan apakah peranan yang dapat kita mainkan bagi melaksanakan tujuan itu? Kuatkah kita? Kukuhkah perpaduan kita? Ekonomi kita?

Perkuatkan dan perkukuhkan negarabangsa kita dahulu kerana itu lebih perlu sebelum mampu berhadapan dengan musuh. Soalan - kenapa Singapura boleh? Jawapannya adalah; singapura juga gunakan pemerintahan kukubesi pada keadaan tertentu kerana keterbukaan demokrasi tidak mampu mambawa kemajuan dengan cepat. Masa akan banyak dihabiskan bagi menangani masalah tidak puashati dan protes.

Lihat keterbukan dibeberapa negara - Thailand contohnya. Kemajuan akan terencat jika begitu banyak masa dihabiskan semata-mata hanya melayan apa yang dipanggil kebebasan dan demokrasi. Ramai berpendapat Mahathir autoristik tetapi tolakansur berlebihan akan dilihat sebagai kelemahan dan akan diambil kesempatan lalu kesetabilan tidak dapat dikekalkan. Adalah mustahil memuaskanhati semua. Asalkan natijahnya adalah tahap capaian kemajuan bagi manafaat majoriti, maka itulah ukuran kejayaannya.

Kita masih stabil ketika ini, namun masa depan kelihatan suram jika kesepakatan melayu teras rakyat Negara tidak dapat diperkukuhkan.

Bagaimanapun, ini satu topik yang bagus untuk diperdebatkan. Terima kasih.
http://braveheart-blogger.blogspot.com

ababina 328 berkata...

Terima kasih braveheart kerana sudi memberi komen, saya akan cuba untuk meminta Dr.Mahathir untuk memberi pendapatnya tentang isu ini didalam blognya CHE DET kalau dia sudi.

sekian.