Ahad, 18 Januari 2009

BESARNYA JASA PAK LAH KEPADA NEGARA MALAYSIA

Setelah membaca pelbagai analisis hari ini, terutama yang menyokong UMNO, didapati ada yang terkilan, dengan cara Perdana Menteri Datuk Sri Abdullah Hj.Ahmad Badawi membuat perubahan terhadap Sistem kehakiman, Pencegahan rasuah, Suruhanjaya Pilihanraya dan lain-lain lagi .

Pelik juga memikirkan, apalah yang diperjuangkan oleh puak-puak UMNO ini, kalau sekadar kemenangan yang dicari, siapakah yang menang sebenarnya ? kalau sekadar kemenangan untuk Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh sahaja, apa yang anda dapat......................




wan_farid.jpgSepatutnya yang diperjuangkan ialah kemenangan Rakyat, maksudnya kemenangan itu membawa erti yang besar, membawa faedah yang besar kepada rakyat seluruhnya, tidak kira samada yang menyokong Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat .

Sebagai contoh, kita lihat suruhanjaya pilihanraya yang semakin bebas sekarang, walaupun pada dasarnya, seolah-olah BN telah kerugian, kerana akibat kebebasan yang diberikan, telah menyebabkan BN kalah di dua kawasan Parlimen di dalam tempoh beberapa bulan sahaja .

Tetapi sebenarnya rakyat telah mencapai kemenangan, kenapa saya berkata begitu ? sebabnya dengan bermulanya era suruhanjaya pilihanraya yang paling bebas dan bersih setakat ini, sehingga Haji Hadi sendiri pun memujinya .

Adalah diyakini dimasa hadapan, walaupun jika ditakdirkan Pakatan Rakyat akan mengambil aleh pemerintahan negara, dan jika selepas itu, berlaku perbagai penyelewengan, maka mudahlah bagi rakyat menyingkirkannya .

Begitu jugalah dengan kebebasan badan kehakiman dan suruhanjaya pencegahan rasuah, yang jika dilaksanakan dengan betul, paling mendapat manfaatnya nanti adalah rakyat jelata juga,
sebabnya dimasa itu InsyaAllah rasuah dan pelbagai lagi penyelewengan akan semakin berkurangan .

Oleh itu sangatlah tidak kena jika ada, khususnya orang UMNO sendiri yang meratapi, kononnya kesilapan Pak Lah lah yang telah melaksanakan dasar tersebut, sehingga telah menyebabkan Barisan Nasional telah menerima tamparan kekalahan demi kekalahan .

Sesungguhnya bagi saya, yang sejak tahun 1978, iaitu semasa Anwar Ibrahim sebagai Presiden Abim lagi, sehingga sekarang menyokong kepimpinannya, tetapi tetap merasakan tindakan Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi, berkaitan hal ini sangat terpuji .

Memanglah didalam politik, semasa seseorang itu masih berkuasa, akan ditidakkan kebaikannya, contohnya, semasa hayat Allah Yarham Tun Abdul Razak, apa yang tidak dikatakan orang terhadapnya, akan tetapi apabila dia tidak lagi menjadi ancaman kepada pesaing politiknya, diketika itu barulah jasanya akan dikenang .

Begitu juga kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang sekarang ini tidak lagi bergiat didalam bidang politik, pesaing politiknya dahulu, mula mengatakan Dr Mahathir lebih baik pula .

Oleh itu adalah di yakini, jasa Pak Lah akan dikenang oleh jenerasi akan datang kerana reformasi yang dimulakan olehnya, walaupun dikatakan agak terlambat oleh sesetengah pihak, namun adalah jauh lebih baik dari tidak dilakukan langsung .

Semoga Pak Lah dapat bersara dengan aman pada bulan Mac 09 ini, dan jasamu akan tetap dikenang sepanjang masa .


http://www.malaysialeader.com/images/photo/abdullah-haji-ahmad-badawi.jpg


Berikut adalah sedutan analisis yang dikumpulkan, analisis yang dipilih, adalah dari dua kumpulan
iaitu dari UMNO dan dari Pakatan Rakyat =

1- SEDIKIT ANALISA PRK KT

2- BN kini tinggal 137 kerusi Parlimen

3- Najib Tidak Layak Jadi PM!

4- Kita terima kekalahan dengan tangan terbuka

5- Tahniah Untuk PAS, Takziah Kepada BN dan Bebas

6- Siapa yang tewas... BN, Wan Farid atau Pak Lah?

7- Sebab kekalahan di KT: Calun, calun, dan calun

8- Rakyat Terengganu kalah 0-2!

9- KITA PULANG GEMBIRA KEKALAHAN





Tiada ulasan: