Jumaat, 30 Januari 2009

TERIMA KASIH KEPADA PARA DEMONTRASI MEMBANTAH TINDAKAN SPRM

Abang Tuah

Didalam catitan saya pada 22hb. Jan. 2009 yang lepas bertajuk APAKAH REAKSI PEMIMPIN UMNO TERHADAP TINDAKAN SPRM ?

Saya ada meramalkan didalam catitan tersebut, bahawa Saya sangat percaya, akan ada bisikkan dan ngomelan dikalangan para pemimpin UMNO yang sangat marah dengan tindakkan ini, mereka akan berkata, kenapa tindakkan diambil terhadap kumpulan ini, dan kenapa tidak terhadap kumpulan satu lagi .


Dan kini 30 hb Jan. 2009 ianya telah menjadi kenyataan melalui Demo bantah SPRM di Menara Dato Onn,

Jurucakap kumpulan berkenaan, Zuraidi Abdul Rahim iaitu perwakilan dari Baling berkata, tindakan SPRM itu telah mencemarkan imej mereka.

Mereka juga telah menjeritkan kata-kata seperti "Kami menolak SPRM, boleh blah" serta "Soal parti hanya parti yang tentukan, bukan pihak ketiga."

Malah mereka mendesak supaya pucuk pimpinan parti perlu memandang serius mengenai perkara tersebut dan meneliti semula penubuhan SPRM.

Maka jelaslah, sesungguhnya ahli-ahli UMNO masih dibuai mimpi, mereka sesungguhnya masih tidak menyedari bahawa barah rasuah didalam UMNO sudah begitu teruk atau munkin mereka
memikirkan peluang mereka untuk mendapat habuan akan terhalang sedikit demi sedikit.

Oleh itu mereka mula rasa gelabah dan terancam, sepatutnya jika mereka sayangkan UMNO yang ternyata sedang sakit tenat, mereka sepatutnya minta kerajaan bertindak lebih tegas.

Jika dirasakan tindakan sekarang hanyalah ditujukan kepada sesuatu puak, mintalah SPRM bertindak terhadap semua yang terlibat, jangan memilih bulu, jika itu yang mereka rasa tidak puas hati.

Dengan meminta dikaji semula penubuhan SPRM, samalah seperti meminta supaya rasuah diteruskan, dan jangan dibuat apa- apa kepada pemberi dan penerimanya .

Dan sesungguhnya kepada kita yang menyokong Pakatan Rakyat , rasa sangat berterima kasih terhadap para penDEMO tersebut, ini adalah kerana, melalui tindakan mereka yang munkin mewakili sebahagian besar orang-orang UMNO yang tidak suka kepada tindakan SPRM
yang cuba menghapuskan rasuah politik didalam UMNO dan pelbagai lagi rasuah didalam negara .

Jelas memberi gambaran bahawa orang-orang UMNO tidak mahu kearah perubahan yang lebih baik, maka tidak silap lagi jika golongan muda yang inginkan perubahan, perlulah menyokong Pakatan Rakyat yang jelas mempunyai komitmen untuk menghapuskan rasuah .

Semoga ianya memberi kesedaran kepada orang yang masih diatas pagar, sama ada mahu menyokong BN atau Pakatan Rakyat supaya terus membulatkan tekad menyokong PAKATAN RAKYAT.


Tiada ulasan: