Sabtu, 17 Januari 2009

BERSEDIALAH BARISAN NASIONAL MENGHADAPI KEKALAHAN DI DALAM PRU 13 NANTI

Maka sahlah Pas menang dengan majoriti 2,631 undi, dengan PAS mendapat 32,883 undi manakala BN 30,252 undi, bebas 193 undi.

Mulai saat ini akan muncul berbagai-bagai analisis, baik melalui akhbar perdana, TV atau pemblog- pemblog yang akan menulis dengan berbagai-bagai gaya dan corak mengikut kegemaran masing-masing.

Dengan kemenangan PAS dari pakatan rakyat, merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu
hari ini, ianya telah dua kali berturut-turut, kerusi Parlimen telah di menangi oleh kumpulan dari Parti gabungan tidak rasmi Pakatan Rakyat .

Kesannya cukup besar, kerana Datuk Sri Najib Tun Razak yang bakal mengambil alih tampuk pemerintahan negara bulan Mac nanti, telah bertungkus lumus, malah dikatakan berkampung selama dua minggu dan berjuang habis-habisan di Kuala Terengganu .

Mulai hari ini, BN perlulah mempersiapkan diri, untuk menerima hakikat, bahawa tidak berapa lama lagi, iaitu di Pilihan Raya Umum ke13 nanti, insyaallah Pakatan Rakyat akan mengambil alih pemerintahan negara.

Antara langkah segera yang perlu dilakukan ialah, memberi kebebasan kepada akhbar-akhbar, TV dan lain-lain sebaran am, untuk melapurkan perkara yang benar, biar pun pahit .

Menggunakan akhbar, TV dan lain-lain kemudahan kerajaan demi propaganda murahan bagi pihak kerajaan, telah ternyata gagal memberi kemenangan, malah membuatkan orang ramai hilang kepercayaan kepada media tersebut.

Oleh itu anggaplah, bahawa BN akan menjadi pengguna tidak berapa lama lagi, dan sebagai pengguna, biasanya mahu dilayan dengan baik, mahu mendapat hak yang samarata.

BN jangan sesekali, bersikap semakin kalah, semakin menekan rakyat, kerana jika itu yang dilakukan akan semakin mempercepatkan lagi kejatuhannya.

Kepada pemimpin Pakatan Rakyat pula, kemenangan adalah suatu ujian dari Allah, oleh itu berhati-hatilah dengan cubaan tersebut, perangai buruk pemimpin BN sekarang, wajar dijadikan sempadan, agar ianya tidak berulang dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat pula .

Andainya ini yang berlaku, maka rakyat pasti akan menolak Pakatan Rakyat, dan kesedihan yang dialami oleh BN sekarang, akan bertukar kepada Pakatan Rakyat .

Dibawah ini adalah disiarkan, pelbagai analisis selepas pilihan raya kecil P.036 Kuala Terengganu

1- Propaganda BN dan Media Perdana terkubur

2- Kekalahan BN atas kesilapan sendiri

3- PAS menang kerana penyakit UMNO belum sembuh

4- Kemenangan PAS Di Kuala Trengganu Tidak...

5- Kegagalan sayap BN

6- PRK KT penuh rasuah dan salahguna jentera kerajaan

Tiada ulasan: