Sabtu, 10 Januari 2009

EXCO PERAK MULA GUNA CAMRY , KEPUTUSANNYA SERI O - O

Belum pun berapa sejuk kisah Menteri Besar Terengganu pilihan Istana, Dato Ahmad Said membeli mercedes untuk kegunaan exconya, yang telah menimbulkan bantahan dari banyak pihak, beberapa bulan dahulu.

Kes tersebut telah memeningkan kepala Perdana Menteri, Datuk Sri Abdullah Hj.Ahmad Badawi

Sebagai jalan penyelesaian sementara, Pak lah menegaskan kesemua 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor yang telah dibeli oleh kerajaan negeri Terengganu itu hanya boleh digunakan untuk kegunaan membawa tetamu-tetamu kerajaan negeri dan keputusan itu adalah muktamad.

Manakala Ahmad Said pula didalam reaksi merajuknya mengesahkan tidak menolak kemungkinan kerajaan Terengganu membeli Proton Perdana Executive V6 yang baru untuk kegunaan Exco kerana kereta sedia ada mengalami banyak kerosakan.

Begitulah senario yang berlaku ketika Ahmad Said membuat keputusan membeli kereta mercedes untuk kegunaan exco dan pegawai kanan kerajaan negeri, tanpa merujuk kepada Perdana Menteri terlebih dahulu beberapa bulan yang lalu.

E200K Facelift

Sebenarnya Menteri besar Terengganu tersebut, tonton you tube, klik disini, sering menimbulkan konterversi sejak dari perlantikannya sehinggalah kisah membeli kereta "Mercedes tersebut .

Kini setelah masa berlalu, dan kisah diTerengganu pun semakin sejuk, maka giliran Menteri besar Perak pula menimbulkan kegemparan kerana menukarkan proton Perdana V6 untuk kegunaan exconya, kepada kereta Toyota Camry pula .

Alasannya hampir sama dengan apa yang berlaku di Terengganu, iaitu Proton Perdana V6 sering mengalami kerosakan serta kos baik pulih yang tinggi, maka sebagai satu cara untuk menjimatkan wang rakyat, kereta tersebut perlu ditukar, dan pilihan yang telah dibuat ialah membeli kereta Toyota Camry.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata pembelian sejumlah 16 kenderaan berkenaan bernilai kirakira RM2.56 juta dibuat secara tender terbuka oleh jabatan tender kerajaan negeri.

"Pada hari ini kita terima sembilan buah yang akan digunakan oleh Exco dan pegawai kanan. Baki kenderaan tujuh lagi akan dibekalkan secara berperingkat berdasarkan stok yang ada," katanya kepada pemberita di sini semalam.



Kini kita sebagai orang awam, yang meletakkan kebenaran dihadapan, telah menjadi bingung terhadap kedua-dua kes tersebut, apa tidaknya, kalau ditinjau kepada pengguna yang telah menggunakan Proton Perdana V6, kata mereka, masaalah tu ada, tetapi tidaklah teruk sangat.

Habis tu kenapa, kedua-dua pihak mengatakan, perbelanjaan membaiki sahaja sampai ratusan ribu ringgit untuk sebuah kereta Proton Perdana V6 setahun ? mana satu yang betul ni........

Yang lucunya, semasa kes mercedes Mat Said di Terengganu dulu, mula-mula diperkatakan,
maka ramailah dipihak pembangkang yang mempertikaikannya, tetapi kini, bila Perak pula
yang membuat keputusan menukarkan kereta exconya, masing-masing tak dapat nak cakap apa lagi.

Kiranya didalam kes tukar kereta ni, serilah.....................bak kata orang Terengganu, mu dok leh nak kate kak ku, aku pong dok leh nak kate ke mu................

Maka sahlah proton perdana V6 tidak bermutu, untuk memulihkan imej semula, proton perlulah memperbaiki lagi tahap mutu pengeluarannya. klik disini untuk memandu uji Proton Perdana V6.





3 ulasan:

LensaPR berkata...

isunya ialah penjimatan.

mana lebih jimat, perdana, merz atau camry.

Yang jimat aku sokong tak kira siapa beli pun.

Kembara Politik berkata...

Assalamualaikum,

Sata tertarik dengan perbandingan senario yang berlaku:

Dulu cakap lain…

"Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat juga ditanya wartawan tentang kereta rasmi tetapi dijawab tidak ada keperluan untuk tukar kereta manakala Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaludin pula berkata perbelanjaan penyelengaraan kereta rasmi kerajaan Perak tidak setinggi Terengganu malah peruntukan untuk penyelenggaraan kereta yang tidak digunakan boleh dibawa masuk ke perbelanjaan rakyat."

Sumber: "MB Terengganu 'sibuk' hal kereta mewah, lupa rakyat miskin", Harakah, 29 Julai 2008

Sekarang dah ubah nada…lain pula ceritanya...

“Kos membaiki serta menyelenggara Proton Perdana V6 yang tinggi mendorong Kerajaan Perak hari ini meluluskan pembelian 16 kereta Toyota Camry 2.4 sebagai kenderaan rasmi anggota exco kerajaan negeri dan pegawai kanannya.”

Sumber: "Perak ganti Perdana V6 dengan Toyota Camry", Harakah, 12 Disember 2008

1. Ini sumber yang penulis ambil dari Harakah, sumber yang dikatakan dipercayai oleh segenap umat Pakatan Rakyat terutamanya warga PAS. Kalau penulis quote dari akhbar lain mesti mereka ini tak percaya…klik pada sumber yang disertakan dan baca, kemudian nilai sendiri...

2. Cuba amati apa yang dilaporkan pada 29 Julai 2008;

Nizar cakap tak tinggi mana pun penyelenggaraan…siap boleh salurkan kos penyelenggaraan yang tak digunakan ke perbelanjaan rakyat! Menarik!

3. Cuba amati pula apa yang dilaporkan pada 12 Disember 2008;

Kos penyelenggaraan tiba-tiba je meningkat…dalam masa 5 bulan (bermula Julai hingga Disember), kos penyelenggaraan V6 kerajaan Perak melonjak tinggi…ye la kan…dulu masa bulan Julai Nizar cakap semuanya ok…no problem…siap ada lebihan yang tidak digunakan disalurkan kepada perbelanjaan rakyat....ni bulan Disember lain pula jadinya…dia cakap tinggi pula..Menarik!

http://kembarapolitik.blogspot.com/2008/12/mb-perak-berbohong-atau-flip-flop.html

ababina 328 berkata...

Terima kasih banyak kepada LensaPR
dan Kembara Politik diatas ulasan anda berdua .