Isnin, 19 Januari 2009

MAAFLAH SAYA BUKAN NAK MENGEJEK ATAU MENGATA

Cuit-cuit Cik Semut


Sedih juga saya membaca blog Shahaniza Samsuddin, Jangan dikenang apa yang sudah berlalu dan UMNO Perlu Berubah

Dia tercari-cari bagaimanakah caranya untuk mengubati UMNO yang sakit tenat, puas sudah dukun menjampinya sampai penat-penat, pawang pun dah nak berehat, agaknya tak jumpa ubat .

Dicari pula tabib, juga tidak serasi, lalu di panggil pula Doktor gigi, dikerat sana dibedah sini, dicucuk sana, dikorek ari-ari, pesakit sampai terkencing berlari, tetapi penyakit tersebut tidak juga mahu pergi .

Sebenarnya wahai orang-orang UMNO, sesungguhnya sakit partimu itu, tak leh nak buak guano, semuo caro yee dicubo tidak berguno, kecuali........................ dibiarke kalah dulu baru ado makno .

Setelah beberapa tahun kalahnya, maka tiada lagi orang yang ingin bersamanya, pemimpin yang dulu rapat entah kemana, kerana UMNO tidak boleh memberi kesenangan kepadanya,
maka jauhkanlah diri darinya .

Diketika itu, barulah dicari pemimpin yang betul-betul ikhlas, yang berjuang bukan untuk dibalas, juga bukan untuk wang kertas, cuma mahu duduk diatas .

Tetapi memanglah bukan mudah untuk mendapatkan pemimpin yang sebegitu, kerana masing-masing yang ditawarkan akan membisu, almaklumlah bebannya berat seperti batu,
begitulah falsafah orang dulu-dulu .

Bukan seperti pemimpin sekarang, lambat ditawarkan masing-masing menyerang, supaya menarik perhatian orang, silap haribulan pecah tembelang, barulah duduk terawang-awang, mulalah menyalahkan orang .

Diketika itu kontraktor tidak mahu menjadi pemimpin UMNO lagi, kerana asyik menghitung untung atau rugi, masing-masing menolaknya atas alasan tersendiri, maklumlah tidak mahu keluarkan duit poket lagi .

Munkin guru-guru atau giri-giri boleh menabur bakti, menjadi pemimpin dengan seikhlas hati, supaya mudah untuk ahli mengikuti, tiadalah lagi perasan iri hati, barulah rakyat tidak akan rugi .

Maaflah saya bukan mengejek atau mengata, kerana saya pun orang melayu juga, kalau cubit paha kiri sakit, paha kanan pun turut terasa, barulah kita boleh pulihkan UMNO semula .

Eh, saya sudah terlupa, semua ini akibat alpa, sebenarnya jangan silap sangka, saya bukan penyokong UMNO seperti yang dikata, walaupun saya bukan musuh seperti yang dijangka.


Sekian terima kasih untuk kali ini, semoga kita boleh berjumpa lagi, kalau pun tidak setiap hari.




3 ulasan:

bungaraya berkata...

Minta maaf terlebih dahulu sebelum saya berkata-kata.

1. Kalau terlampau memandang UMNO itu mengidap penyakit kronik. Itu satu pandangan yang salah. UMNO hanya tertidor lena yang cuma memerlukan satu kejutan sahaja. Mungkin kejutan itu dalam bentuk TAMPARAN! TUMBUKAN! atau yang lebih dashyat dari itu. Ia tidak mengidap penyakit kronik seperti sangkaan ramai penyokong Pakatan raktat.

2. UMNO adalah parti yang membela nasib orang melayu. Sehingga kini banyak kejayaan yang dicapai oleh UMNO sedang PAS masih meraba-raba mencari kemenangan dalam perjuangan. Belum ada kejayaan PAS dalam membela nasib melayu. Orang-orang melayu dalam UMNO yang saban hari bertungkus lumus memikirkan tentang kemajuan dan pembangunan orang melayu. Ini satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan.

3. Betulkah PAS dan PKR berkemampuan bertindak spt UMNO bertindak? Ini boleh diragui.

.@blogger.com berkata...

Pemilik Laman,
Apa pun yg saudara tulis kita ucapkan tahniah kerana ianya akan menjadi sebahagian maklumat pto atau kontra kepada apa-apa keadaan semasa. Blog sdr dah dimasukkan dekalam gerbangtemumaya @ himpunan blog pahang. Terima kasih.

ababina 328 berkata...

Terima kasih yang tidak terhingga kepada bungaraya, kerana memberi komen yg begitu bergaya, tetapi mujurlah tidak marahkan saya.

Sesungguhnya UMNO parti yg kuat, tiba-tiba sekarang jadi melarat,
sehingga tiada lagi ubat,
habis apa nak buat ......

bersabarlah wahai sibungaraya,
munkin ini sebentar sahaja,
usahlah bermuram durja,
semua ini dugaan belaka .