Tarikh mac 2009 semakin hampir, maka muncullah pelbagai cerita dan ramalan termasuklah kononnya PAK LAH MASIH MAHU KEKAL JADI PM - tetapi cerita-cerita seperti ini kadang-kadang tidak boleh kita biarkan masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
Telah banyak kali, cerita yang bermula dengan khabar-khabar angin tetapi berakhir dengan kebenaran, tetapi cerita Pak lah kali ini, bagi saya, sangat tidak seronok.
Bagi saya Pak lah dikenali sebagai seorang yang lembut dan agak waraq, jika kita bandingkan dengan pemimpin UMNO yang lainnya, maka jika beliau bertindak seperti itu, pastilah maruahnya akan tercemar dengan teruknya.
Tetapi didalam politik kadang-kadang mana ada kira semua itu, perhitungan kepentingan pribadi biasanya melebihi kepentingan moral, munkin kepentingan menantunya akan turut diambil kira.
Andainya benarlah Pak lah mungkir janji, maka harapan Datuk Sri Najib untuk menjadi PM akan
hancur berkecai, maka hancur berkecai jugalah harapan penduduk diPantai Timur untuk memperolehi seorang PM, setelah 33 tahun menanti .
Harapan sesetengah penduduk di Pantai Timur khususnya Pahang, terhadap Datuk Sri Najib, memanglah besar, bayangkanlah setelah kali terakhir memperolehi Perdana Menteri dari Pantai Timur iaitu TUN RAZAK pada tahun 1976 dulu, maka Datuk Sri Najiblah penawar yang diharapkan untuk membela penduduk diPantai Timur setelah usaha Tengku Razaliegh gagal dengan kekalahan tipis ditangan Tun Dr.Mahathir untuk merebut jawatan Presiden UMNO beberapa tahun yang lampau.
Penduduk diPantai Timur, sangat mengharapkan projek landasan keretapi berkembar dari Kuantan ke Kuala Lumpur menjadi kenyataan dan diharapkan menjadi pemankin kepada kemajuan dinegeri Pahang, harapan tersebut terletak dibahu Datuk Sri Najib, jika beliau berjaya menjadi PM nanti.
Masaalahnya ialah bolehkah diharap si Najib ni ? beliau dibesarkan didalam keadaan senang sepanjang masa, dan ditambah pula dengan kerenah Rosmah Mansor yang dikatakan menyerupai Amelda Marcos dari segi berbelanja.
Walau apa pun bulan Mac 2009 tetap ditunggu oleh segenap warga negara Malaysia, baik dikalangan UMNO atau Pakatan Rakyat .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan