Selasa, 10 Mac 2009

Kes Anwar ke Mahkamah Tinggi, keputusannya munkin sudah boleh diramal ...........

Dengan keputusan Mahkamah Sesyen hari ini secara rasmi memindahkan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Sri Anwar Ibrahim untuk didengar oleh Mahkamah Tinggi, maka terlaksana jugalah hajat dari pihak pendakwa, untuk membicarakan kes liwat tersebut diMahkamah Tinggi dan bukan dihadapan hakim Mahkamah Sesyen SM Komathy Suppiah .


Perihal kebimbangan dipihak pendakwa yang mewakili Najib Razak, untuk membicarakan kes tersebut dihadapan hakim Mahkamah Sesyen SM Komathy Suppiah, tidaklah sukar difahami
kerana hakim tersebut tersangat tegas didalam melaksanakan tugasnya .

Adalah dipercayai bahawa pengalaman semasa perbicaraan kes liwat pertama dahulu dihadapan hakim Agustine paul, akan berulang di Mahkamah Tinggi nanti .

Maka tidaklah sukar untuk diramalkan, bahawa keputusan perbicaraan kelak ialah Datuk Sri Anwar Ibrahim akan didapati bersalah, dan dihukum 20 tahun penjara .

Setelah Datuk Sri Anwar dihukum penjara, maka tamatlah kebimbangan dipihak Najib Razak, kerana dipihak pembangkang, telah gugur seorang yang berkebolehan menyatukan semua parti-parti pembangkang dibawah satu cita-cita, satu matlamat perjuangan.

Maka selepas itu Najib Razak bolehlah tidur lena sepuas-puasnya, diulit oleh sipendek Rosmah Mansur, atau jika tidak selesa, bolehlah dicari mana-mana gadis lagi, untuk dijadikan isteri kedua, munkin Ezam Mohd Nor boleh tolong, itu pun jika tidak takut kepada Rosmah Mansor yang garang itu .

Setelah tumbangnya Datuk Sri Anwar Ibrahim, adalah diyakini, pihak pembangkang di Malaysia
akan ketandusan tokoh penyatuan dikalangan mereka untuk satu jangka masa yang sangat lama, kerana tokoh-tokoh penyatuan seperti Datuk Sri Anwar, bukannya selalu muncul didalam sesuatu zaman .

Oleh itu, usaha pihak-pihak yang berkepentingan, untuk menumbangkan Datuk Sri Anwar, adalah satu kejayaan yang besar, yang munkin boleh dibayar dengan nilai jutaan ringgit .

Sesungguhnya jikalau kita mengimbas kembali perjuangan pembangkang, khususnya PKR, PAS dan DAP diMalaysia, kita akan dapati bahawa semasa dibawah kepimpinan Datuk Sri Anwar lah bermulanya kali pertama dalam sejarah politik diMalaysia, pembangkang berjaya mengurangkan majoriti dua pertiga barisan nasional diParlimen .


Selama ini pembangkang tidak pernah berjaya bersatu dibawah satu kepimpinan seperti mana sekarang ,


Oleh itu kejayaan menumbangkan Datuk Sri Anwar, adalah seperti kejayaan menumbangkan seluruh barisan pembangkang diMalaysia .



SELEPAS ANWAR, SIAPA?









1 ulasan:

.@blogger.com berkata...

kalau perkara salah bawa kemana pun tetap salah. dulu apa yang berlaku adalah mahkamah dapati ada berlakunya liwat tetapi dia tidak didapati bersalah kes liwat kerana teknikal. anwar dipenjarakan kerana kes penyalahgunaan kuasa.