Khamis, 19 Mac 2009

Malaysia bukan negara Demokrasi lagi ................................

Polis telah mengharamkan ceramah Datuk Anwar dan Datuk Sri Nizar Jamaluddin malam ini di Simpang, di pinggir kawasan Bukit Gantang yang bakal menghadapi pilihanraya kecil. Ceramah yang bermula jam 9 malam dirancang diadakan di Jalan Kuala Kangsar, Simpang dekat Taiping.

Memanglah kepada para penyokong Barisan Nasional, berita diatas akan disambut dengan tersangat gembiranya, tetapi apakah anda terfikir bahawa inikah bentuk demokrasi yang diperjuangkan oleh Datuk kita, Bapa kita, Kita sendiri dari dahulu sampai sekarang ?

Kalau ibaratkan didalam permainan bola sepak, kerana takut kalah, maka para pemain lawan dihalang dari mengadakan latihan, tetapi pasukkan dia bagaikan nak rak berlatih .

Kalau dah takut kalah, usah diadakan perlawanan dari awal, istiharkan sahaja " bahawa kerana kami takut kalah, maka dengan ini, kami mengistiharkan, sesungguhnya perlawanan bola sepak diantara pasukan BN dengan PR dibatalkan".

Beritahu dunia, bahawa sesungguhnya Malaysia bukan negara demokrasi lagi ................

1 ulasan:

.@blogger.com berkata...

Betulkah? Jika tidak demokrasi dapatkah tunjuk perasaan dan berbaring atas jalan? jika tidak demokrasi dapat kah kita bebas menulis isi hati kita? APa kaha kebebasan yang kita inginkan? Apakah kebebasan yang anda inginkan sama dengan kebebasan yang orang lain ingini? Siapa dan dimana didunia ini yang mampu penuhi citarasa kebebasan semua orang tanpa menyekat kebebasan orang lain? Jika waras dan berpijak dibumi nyata kita tidak akan meminta yang bukan hak dan mamou diberikan kepada kita -bERANIKAN hATI