Rabu, 18 Mac 2009

Melaka dan Pemuda UMNO akan dipimpin oleh orang yang korup?

Sejak petang semalam, majoriti para blogger membuat komen pasal kes Lembaga Disiplin Umno
yang telah pun membuat keputusan mereka. Ianya telah diumumkan semalam. Kini kita semua sudah tahu siapa yang terlibat. Dari 29 yang disiasat, 15 dikenakan hukuman.
Ali Rustam di larang bertanding tetapi Timbalan Perdana Menteri berkata beliau kekal sebagai Ketua Menteri Melaka. Khairy Jamaludin pula di dapati bersalah tetapi dibenarkan bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO.
Ringkas kata sekiranya KM Melaka di kekalkan dan KJ jadi Ketua Pemuda UMNO maka negeri Melaka dan Pemuda UMNO akan dipimpin oleh orang yang korup?

Begitulah komen C-bok salah seorang blogger yang turut memberikan komennya .

Saya kadang-kadang kesian juga kepada UMNO ni, almaklumlah sebagai pertubuhan yang lama, walau macam mana pun jasanya tetap ada, tetapi apa yang berlaku sekarang ialah akibat daripada ahlinya yang nampak peluang mencari wang hanya melalui UMNO .

Tetapi kalau kita perhatikan, memang betul pun tanggapan mereka-mereka ini, kebanyakan orang melayu yang kaya-raya sekarang, semuanya melalui UMNO, paling kurang pun rapat dengan orang kuat politik UMNO .

Melalui jawatan didalam UMNOlah mereka dapat pelbagai projek yang menghasilkan pendapatan puluhan ribu, malah jutaan ringgit .

Maka tidak hairanlah, jika untuk mendapatkan jawatan didalam UMNO, para pemimpin yang sudah pun merasai bagaimana enaknya menduduki jawatan tersebut dan bagaimana mudahnya
mencari wang melalui jawatan yang disandang tersebut, sanggup melaburkan kembali wang yang mereka perolehi selama ini .

Mereka tahu jika mereka mendapat jawatan yang mereka idam-idamkan, mereka akan dapat berkali-kali ganda dari apa yang mereka laburkan semasa mahu merebut jawatan didalam UMNO, sebab itulah apa juga risiko yang bakal melanda, mereka sanggup hadapi .

Tambahan pula mereka tahu tindakkan yang dikenakan kepada mereka hanyalah lakunan semata-mata, untuk kononnya memberitahu kepada orang ramai bahawa UMNO telah bertindak terhadap pesalah politik wang .

Jika UMNO betul-betul mahu menghapuskan politik wang semasa pemilihannya, saya mencadangkan supaya semua jawatan didalam kerajaan jangan diberi kepada pemimpin UMNO,
tetapi diberi kepada sesiapa sahaja yang difikirkan layak, cumanya dia mesti dari kalangan orang UMNO, maksud saya jika UMNO masih memerintahlah.

Saya percaya jika ini dilaksanakan, kita akan lihat, mana dia orangnya yang sering berkata bahawa mereka hanya berkhidmat untuk rakyat dan bukanya untuk mengejar jawatan dan kekayaan melalui politik .

Agak-agak boleh ke dilaksanakan kaedah yang sebegitu rupa ?

Tentulah tak boleh, sebab jika ini dilakukan, tiada siapa lagi yang mahu menjadi pemimpin UMNO, UMNO akan ketandusan pemimpin....................

Habis tu ........macam mana caranya ? panggil SPRM bertindak, ahli bantah, keputusan Lembaga Disiplin pun, ahli bantah, akhirnya ...........................biarkan sajalah .

UMNO akan tenggelam bersama-sama politik wangnya........biarkan...... biarkan .


Hukuman berbeza, Ku Li pertikai Lembaga Disiplin Umno


2 ulasan:

.@blogger.com berkata...

didalam UMNO ini dipanggil politik wang, dalam PKR di panggil derma dan dalam PAS dipanggil sedekah. yang buruknya hanya UMNO sedangkan hakikatnya semuanya sama. kah! kah! kah!

DPP JERANTUT berkata...

gilooo mu nih.....politik wang mana sama dengan sedekah...sebab tu dalam islam setiap amalan itu mesti dengan niat..jangan pakai bantai jee..ngajilaa sikit woi...