Rabu, 18 Mac 2009

Menjelang perhimpunan agong UMNO, bomoh laris macam goreng pisang .



Ini baru haru namanya, pakai bomoh pulak dah...............sape punya keje ni .......mesti orang tuduh ajen-ajen Najib punye keje, kalau bukan ajen Najib sape lagi ?

  • Kertas jampi di bawah meja Pak Lah?

  • Polis menemui dua kertas putih dan sepotong kayu kecil, dipercayai dijampi, yang diselitkan secara misteri di bawah meja Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Umno.LAGI

Sepasukan anggota polis yang menjalankan
pemeriksaan rutin dalam bilik Mesyuarat MT UMNO di tingkat 38 menemui TANGKAL yang diletakkan di bawah meja dalam bilik berkenaan iaitu dua kertas putih, bersaiz kecil sehingga boleh dimuatkan di dalam mulut, mengandungi tulisan jawi dan kayu kecil yang dibalut kertas putih, demikian laporan Sin Chew Daily.

Antara sebab-sebab menguatkan tuduhan ditujukan kepada Najib ialah =

(1) Dibuat jampi serapah supaya Pak Lah bosan menjadi PM dan benar-benar berundur dari jawatannya hujung Mac ini .

(2) Dibuat jampi serapah supaya jika ada perancangan diantara Pak Lah dan Anwar mahu bergabung, maka gabungan tersebut tidak menjadi kenyataan.................

(3) Di buat .............................. anda sambunglah pula .............

Inilah politik, orang moden masih percaya kepada jampi menjampi, tetapi ini memang berlaku,
anda masih ingatkah lagi kes Mona Fendy yang mengerat 18, anggota tubuh tokoh politik Pahang, Allahyarham Datuk Mazlan di Raub, Pahang, beberapa tahun yang lampau ?

Semasa perbicaraan di mahkamah, Juraimy Husin, iaitu orang suruhan Mona Fendy mendedahkan bagaimana, Mona Fendy memperdayakan Allahyarham, sehingga Allahyarham sanggup menuruti apa-apa sahaja arahan yang dikhendaki oleh Mona Fendy .

Akibat percaya kepada bomoh tersebut, Allahyarham telah di perdayakan sehingga sanggup menadah lehernya, kemudian diambil kesempatan oleh Juraimy untuk membunuhnya dengan cara mengerat lehernya, selepas itu Juraimy telah memotong-motong anggota Allahyarham sehingga 18 keratan .

Begitu juga diketika sibuk kempen pemilihan UMNO sekarang ini, ada dikalangan ajen-ajen calun berkeliaran mencari bomoh, dengan disusuli pelbagai hajat, semua bomoh yang terkenal ke, yang mengaku bomoh ke, di kunjungi, maka sampai tidak terlayanlah bomoh-bomoh tersebut, pendek kata boleh kayalah bomoh-bomoh untuk bayaran pengerasnya .

Nampaknya industri bomoh boleh berkembang pesat, dan munkin akan diminati oleh golongan muda, macam akademi fantasia, oleh itu bolehlah di buka satu lagi Universiti, iaitu Universiti bomoh .

Istimewanya, bukan sahaja bomoh diMalaysia yang laris, malah ada yang sanggup berjumpa bomoh siam (Thailand) dan Pak-Pak kiai diIndonesia juga menjadi sasaran, begitulah hebatnya peranan bomoh didalam arena politik Malaysia .

Bomoh menjadi pilihan kerana Lembaga disiplin sering mengintai pergerakkan ajen-ajen calon ini, maka mereka pun bimbang dikenakan tindakan, oleh itu mereka memilih jalan selamat, jumpa bomoh, mana munkin dikenakan tindakan disiplin, kalau setakat jumpa bomoh .

Begitulah hebatnya, bahang pemilihan perhimpunan agong UMNO sekitar seminggu sahaja lagi ......


Agong tidak berkenan Najib jadi PM



Jadi Ke Tak Pak Lah?

2 ulasan:

Kembara Politik berkata...

Assalamualaikum,

Bukan Pakatan Rakyat ke yg bomohkan Pak Lah? Pakatan Rakyat kan mana suka BN. Buat apa tuduh BN? Ada bukti ke? Cukup ke saksi? Sudah2 la menabur fitnah jika tiada bukti. Tulislah artikel berdasarkan fakta.

Berkenaan hal Allahyarham Dato Mazlan Idris, tak perlulah saudara membat andaian sendiri. Hulur tengkuk dan sebagainya. Saudara ada ke di tempat kejadian? Usahlah menabur fitnah kepada yang sudah kembali ke Rahmatullah. Buat apa mahu memburuk2kan insan dah tiada. Dapat pahala ke?

.@blogger.com berkata...

Memang salah najib, kucung kat ruamah saya berak merata-rata pun kerana kesalahan najib. Korornya jiwa kita dan besarnya dosa kita kepada najib. semuga allah akan mengampunkan dosa kita kelak. Bertaubat lah. Sebelum balasan Tuhan kepada anak cucu sendiri nanti.