Selasa, 31 Mac 2009

Pelbagai larangan semasa pilihan raya di bukit gantang


Aku sangat-sangat mengharapkan berita yang di lapurkan oleh m.Star online ini tidak benar, beritanya ialahLarangan sentuh isu Altantuya dan juga dilarang "mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh institusi raja." kononnya larangan tersebut diberikan sewaktu pembantu ADUN Sepetang, Tai Sing Ng ke balai polis Taiping semalam, beliau diberikan senarai larangan tambahan tersebut bagi menghadapi pilihanraya kecil parlimen itu yang sedang berlangsung.

Larangan ini dipercayai bagi menghalang Pakatan Rakyat menjelaskan krisis perlembagaan dan peralihan kuasa Perak antara pembangkang dengan BN sejak Februari lalu.

Pilihanraya kecil ini dianggap "pungutan suara" terhdap Datuk Seri Najib Razak, yang terlibat dalam rampasan kerajaan negeri itu, dalam menteri besar gabungan pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, kini sebagai calon PAS.

Kalaulah benar berita tersebut, nampaknya senget sangatlah amalan demokrasi dinegara kita Malaysia yang di cintai ini, tak pernah berlaku dimana-mana negara didunia, semasa diadakan
proses kempen pilihan raya, di pihak kerajaan menggunakan semua saluran yang ada dari TV, Radio, dan Akhbarnya, manakala di pihak pembangkang tidak di benarkan, malah disekat-sekat.

Kalau hasutan perkauman, memang kita sokong disekat, ini tidak pula, kerana UMNO memang
sebagai parti perkauman, itulah modal mereka, memainkan isu perkauman, sebaliknya pula dipihak pembangkan tidak memainkan pun isu perkauman.

Kepada para pengundi di Bukit Gantang, fikir-fikir dan renunglah apa yang di lakukan oleh BN semasa memerintah, inilah masanya kita buktikan bahawa rakyat di bukit gantang menolak pemerintahan BN.

Bantahan PPSMI bergema dalam p'raya

Jom Bantu Polis - Edarkan Banner & Poster "JANGAN SEBUT ALTANTUNYA"

Pemimpin PKR, DAP pula dilarang berkempen di Bukit Gantang.



2 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Mengapa tuan2 mudah sangat memberi gambaran jahat, bukan kah yang bertanding di Bkt Gantang parti PAS. PKR dan DAP tak dak calon pun, sebab itu pihak Polis tak bagi permit ceramah pada parti2 ni, tapi saya rasa kalau tukang fitnah-tukang fitnah dari DAP dan PKR nak tabur fitnah atas pentas PAS, kawan rasa dema bagi.........

Kawan nak tanya, ngapa PKR, PAS dan DAP tak mahu daftar Pakatan Rakyat macam BN......., kaswan rasa deme pun tak yakin nak kawin betul2, cukup merendek je.... boleh jolok depan belakang ?

ababina328 berkata...

Yang Gambi, sdr pun main pakai tuduh juga....antara sebab mengapa PR tak didaftarkan ialah, pejabat pendaftaran pertubuhan mensyaratkan bahawa, setiap pertubuhan politik yg bergabung dan ingin mendaftarkan parti gabungan mereka dengan menggunakan satu lambang, mesti mempunyai keahlian sekurang-kurangnya
12 parti, tu...lah puncanya, kenapa PR tidak boleh di daftarkan.