Pada posting yang lepas, penulis ada menulis berkaitan Kerajaan perpaduan: yang muncul hasil dari temuramah diantara Haji Hadi dengan diwawancara Saudara Adib Zalkapli dari The Malaysian Insider, Zulkifli sulung dari Siasah dan juga Nazri Abdullah dari Tv pas.com. Wawancara ini berlaku pada jam 2.30 petang di Tingkat 14, Bangunan Parlimen Selasa lepas.
Didalam posting tersebut penulis mengecam cadangan tersebut, kecaman penulis adalah kerana pada anggapan penulis, bahawa kerajaan yang ingin dijadikan rakan didalam cadangan Hj.Hadi tersebut nanti, ialah kerajaan yang diterajui oleh Najib Razak .
Tetapi setelah membaca tulisan dari SUARA SUKJ Mungkinkah Ku Li bakal PM ? penulis merasakan ianya satu idea yang baik dan munkin boleh menjadi suatu kenyataan kelak,
didalam tulisan tersebut SUKJ ada menggariskan bahawa Ada 3 faktor penting yang perlu kita ketahui:
1) Agong berkuasa penuh melantik Perdana Menteri.
2) Orang yang difikirkan baginda mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat .
Dan .........................
3) Kerajaan Perpaduan.
Adalah jelas sekali cadangan ini, berlainan sekali dari apa yang ada di benak penulis, bagi penulis, ianya suatu altenatif untuk kita keluar dari kemelut yang dihadapi sekarang, apakah perkara ini mustahil boleh berlaku .......................
Sebenarnya perkara ini tidak mustahil boleh berlaku, cuba kita ingat kembali apa yang berlaku
diTerengganu iaitu perlantikan Dato Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu pilihan Istana, selepas PRU12 yang lalu, walau pun Perdana Menteri telah melantik Idris Jusoh sebagai menteri besar Terengganu, tetapi lantikan tersebut tidak dipersetujui oleh pemangku Sultan Terengganu, oleh itu baginda Sultan telah melantik Dato' Ahmad Said sebagai Menteri Besar yang kekal sampai ke hari ini .
Oleh itu perkara yang sama boleh berlaku dihujung Mac ini nanti, apabila Pak Lah melepaskan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri serta munkin cuba untuk diserahkan kepada Datuk Sri Najib tetapi tidak akan dipersetujui oleh Yang Di Pertuan Agong .
Antara sebab-sebab Yang Di Pertuan Agong dipercayai tidak berkenan dengan Datuk Sri Najib ialah kerana penglibatannya dengan rampasan kuasa haram di Perak, selain itu kes Altantuya juga masih menghantui dirinya .
Setelah itu maka Yang DiPertuan Agong dipercayai akan melantik Tengku Razaliegh Hamzah sebagai Perdana Menteri, dan Pakatan Rakyat sekarang akan bergabung bersama Barisan Nasional dengan nama baru iaitu Barisan Rakyat .
Apa yang paling menarik, untuk dibayangkan jika perkara ini berlaku nanti ialah, semasa kes di Perak sekarang, Pemuda UMNO, dan lain-lain pihak didalam UMNO bersumpah untuk mempertahankan kedaulatan raja-raja .
Diketika itu nanti, kita sangat berharap mereka-mereka ini akan mengotakan janji-janjinya, bahawa mereka akan taat setia kepada perintah raja-raja, tetapi walau macam mana pun, jika mereka-mereka ini cuba membuat kacau, jangan risau, kita boleh kenakan saja mereka-mereka ini dengan ISA ................ kan mereka ini juga yang sangat-sangat mempertahankan akta tersebut, diketika itu nanti, biarlah mereka pula merasakan bagaimana azabnya dibawah tahanan ISA .
Rukun negara di daulat atau di cabar, dibalai islam lundang, kelantan 14.03.09
'Saya sombong? Taklah...' (Khairy Jamaluddin)
Pertemuan empat mata PM-Anwar cetus spekulasi
Analisa Isu (mso)
ERTEMUAN ENAM-MATA ABDULLAH-ANWAR DAN ULAMAK TAREKAT NASBANDIYAH
1 ulasan:
Assalamualaikum.
Agong lantik PM. Sultan lantik MB. Bagaimana pula dengan kes di Perak? Sultan dah memilih melantik Zambry tapi PR masih lagi enggan menerima hakikat?
Catat Ulasan