Jumaat, 8 Januari 2010

Apakah ini yang kita inginkan ?

Apa yang di bimbangi sudah pun menjadi kenyataan, keganasan Ugama sudah bermula di Malaysia, kini Gereja di bakar, tidak mustahil sehari dua lagi Masjid pula akan hangus, Apakah ini yang kita inginkan untuk Malaysia ?

Gereja hangus dibaling bom petrol
Jan 8, 10 9:00am
Sebuah gereja dibaling dengan bom petrol mengakibatkan tingkat bawahnya terbakar, kata sumber gereja.

desa melawati church firebomb allah issue 1Insiden tersebut berlaku sewaktu memuncak kontroversi berhubung penggunaan perkataan Allah oleh satu penerbitan Katholik.

Sekurang-kurangnya empat lagi gereja di Lembah Kelang dipercayai turut jadi sasaran dalam tempoh 12 jam lalu, termasuk Gereja Assumption di Petaling Jaya.

Seorang pegawai jabatan bomba berkata semua balai diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi memantau kebakaran di rumah-rumah ibadat, menjelang bantahan besar-besaran tengah hari ini anjuran NGO utama Islam.

desa melawati church firebomb allah issue 3Bangunan tiga tingkat Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, adalah sebahagian pergerakan Assemblies of God, terbakar kira-kira tengah malam tadi, kata pemimpin gereja itu, Peter Yeow, 62.

Beliau memberitahu AFP bahawa ada saksi yang ternampak empat orang - yang datang menaiki motosikal - memecahkan kaca dan membaling bom petrol ke dalam bangunan gereja.

Tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kejadian tersebut. Gereja itu yang terletak di bahagian hujung lot rumah kedai di situ, dihadiri kira-kira 1,500 setiap minggu.

"Api memusnahkan bahagian pentadbiran gereja tersebut. Kita tidak tahu sama ada dewan sembahyang di tingkat tiga juga mengalami kerosakan," katanya sambil menggesa gereja lain supaya meningkat kawalan keselamatan.

Anuar Harun, yang mengetuai operasi memadam kebakaran tersebut berkata, pakar forensik sedang bekerjasama dengan polis dan unit anjing untuk menyiasat kebakaran tersebut.

"Kami sedang menyiasat punca kebakaran. Kami tidak boleh memberi lagi maklumat. Ia isu sensitif," katanya ketika ditanya sama ada ianya kes khianat dengan api.



Polis perlu bertindak segera sebelum api peragamaan ini merebak dengan lebih jauh, tidak perlu ada pihak yang mahu menjadi jaguh dibiarkan dalam perkara yang tidak menjadi masaalah pun sejak ratusan tahun lalu, sila baca (di sini ) untuk memahaminya.





Tiada ulasan: