Jumaat, 15 Januari 2010

Meludah kelangit .

Saya sangat tertarik dengan dua berita dibawah, kesimpulan dari berita tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa demi survival politik, Umno sanggup menjilat ludahnya kembali. Nah sekarang kepada para blogger yang menyokong Umno, kepada para pembaca yang pro Umno, kita ingin menyarankan kepada anda semua, bertanyalah kepada diri sendiri, dimanakah kedudukan anda sekarang.

Tidakkah segala kutukan anda semua kepada polisi baru Pakatan Rakyat yang jelas memperjuangkan Malaysia yang lebih adil, telah ditiru bulat-bulat oleh kerajana BN ?


Begitu juga dengan penggunaan kalimah Allah, selama ini, anda mengutuk pendirian Pakatan Rakyat yang membenarkan penggunaannya oleh penganut Kristian, nah sekarang......................................apa macam ?


Berita pertama =

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu 30 peratus daripada pengambilan baru pelajar ke Maktab Tentera Diraja (MTD) terdiri daripada bukan Melayu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kuota pengambilan pelajar bukan Melayu sebanyak 30 peratus itu bertujuan membuktikan bahawa MTD sebagai sebuah sekolah berasrama penuh adalah terbuka kepada semua kaum di negara ini.

"Walaupun kampus baru maktab tersebut yang terletak di Sungai Besi akan siap dalam tempoh 24 bulan dari sekarang, tetapi pada tahun ini apabila keputusan PMR diumumkan, pengambilan pelajar ke tingkatan empat dan tingkatan 5 akan dimulakan sebagaimana mengikut arahan perdana menteri," katanya selepas menyampaikan sumbangan pada majlis malam amal 1Malaysia anjuran syarikat Vesta di Petaling Jaya semalam.

Beliau berkata ketika ini, jumlah pelajar bukan Melayu yang menuntut di maktab berkenaan adalah kira-kira lima peratus.

Katanya, berdasarkan konsep 1Malaysia yang dilaungkan oleh Najib, beliau yakin pengambilan pelajar di kalangan bukan Melayu akan meningkat sebanyak 50 peratus (berita selanjutnya)


Berita kedua =

Selepas beberapa bulan tercetusnya isu penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam, kerajaan BN nampaknya bersetuju kalimah Allah digunakan di Sabah dan Sarawak.

Penganut Kristian di dua negeri Malaysia Timur itu boleh terus menggunakan kalimah Allah bagi terjemahan 'God' dalam cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu.


Kerajaan persekutuan bagaimanapun masih tidak bersetuju penganut Kristian di Semenanjung menggunakan perkataan Allah walaupun dalam cetakan bahasa Malaysia.

Dan rakyat Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung mesti menghormati larangan tersebut.

Pengumuman itu datangnya dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz (kiri) dalam satu wawancara ekslusif dengan lima wartawan dari Borneo Post, Utusan Borneo and Oriental Daily.

Katanya, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang berhubung isu tersebut kerana ianya sudah menjadi tradisi mereka di sana.

Nazri berkata, beliau pernah menyaksikan upacara sembahyang di sebuah gereja kaum Iban dan mendengar perkataan Allah disebut di situ (berita selanjutnya)



Baca juga pendapat lain yg berkaitan





(2) Pekida, Pewaris & NGO, kenapa tak Bantah ?









Tiada ulasan: