Sabtu, 16 Januari 2010

Semakin bosan dengan politik

Satu berita di Utusan Malaysia atau di sebut sebagai Utusan Meloya oleh kalangan para penyokong pembangkang menarik perhatian saya, berita tersebut menyebut ................

KOTA BHARU 15 Jan. – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kerajaan negeri telah melakukan kesilapan sehingga menanggung kerugian besar dalam projek pembinaan Bazar Tok Guru.

Nik Abdul Aziz berkata, pihaknya terpaksa menebus balik bangunan yang sebelum ini diserahkan kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) setelah projek itu kemudiannya diserahkan kepada sebuah syarikat swasta untuk dibangunkan.(seterusnya)

Apabila saya terbaca berita ini saya teringat tentang satu blog yang menyiarkan perkara ini terlebih dahulu, iaitu sebulan yang lepas dan saya telah mengulang siar di blog saya, ( klik di sini ) ianya di tulis oleh kickdefella.

Setelah membaca berita tersebut di Utusan M'sia hari ini, maka jelas lah bahawa apa yang di tulis oleh kickdefella sebelum ini, adalah benar. Namun satu kelebihan Nik Aziz didalam perkara ini ialah, beliau mempunyai ramai sekali pengikut yang sanggup melupa dan memaafkan segala perbuatannya, walau sebesar mana sekali pun kesalahannya.

Disinilah puncanya ramai dari kalangan peminat politik yang bosan dengan politik, apakah perlu kita sebagai penyokong, menjadi penyokong semata-mata tanpa boleh menilai samada seseorang pemimpin itu masih boleh disokong lagi atau tidak.

Satu masa dahulu Dr Mahathir sering menjadi sasaran dengan meminta beliau berhenti dari menjadi PM atas alasan beliau sudah tua, tetapi kini Nik Aziz juga sudah tua, tetapi tiada pula kita dengar suara penyokong Pas meminta beliau berhenti, malah atas rasa ketaksupan, masing-masing meminta beliau terus memegang jawatan.







1 ulasan:

http://mulutmelayu-realiti.blogspot.com/ berkata...

Dulu kes blunder Syarikat Air Kelantan

================================
Tuesday, 30 November 1999

KOTA BAHARU, 28 Okt (Bernama) -- Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini diberitahu kerajaan negeri tidak pernah membayar ganti rugi kepada Thames Water Sdn Bhd (Thames) semasa pengambilalihannya pada 1999 tetapi sebaliknya membeli pegangan saham milik syarikat dari Britain itu. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Datuk Husam Musa berkata sebaliknya kerajaan negeri hanya membayar pegangan saham syarikat asing itu sebanyak 70 peratus yang bernilai RM50 juta. "Ketika itu kerugian terkumpul Thames ketika menguruskan air di Kelantan berjumlah RM54 juta.