Isnin, 27 April 2009

Ada orang dalam PAS dah buang tebiat.......................

Lucu, lucu dan lucu, itulah yang boleh digambarkan, setelah menatap Malaysia kini dengan beritanya Syarat PAS terima k'jaan perpaduan.

Mulanya saya sangka, berita tersebut adalah berita baru, tetapi setelah diteliti, rupanya, hanyalah sebahagian dari ulasan pengarangnya Abdul Rahim Sabri terhadap tulisan Nik Abduh di dalam blognya.

Sebenarnya, wahai orang-orang PAS, baik dari pemimpin utama sehinggalah ahli biasa, usahlah anda berangan tak tentu pasal, kononnya, meletak syarat, hendak itu hendak ini, sedarlah diri sikit, pemimpin UMNO tidak pernah pun mempelawa anda untuk bekerjasama.

Nampak sangat anda tergila-gila, macam teruna tergilakan anak dara, si anak dara tak berminat pun kepada anda, anda yang lebih-lebih sangat.

Pelik juga memikirkan, macam mana boleh sesetengah pihak didalam PAS minat sangat nak bekerjasama dengan musuh utamanya tu, ke dah buang tebiat...........tau apa dia buang tebiat ?
biasanya orang yang dah nak mati tu, apabila dia buat yang pelik-pelik, dipanggil buang tebiat.


Free Emoticon Courtesy of www.FreeSmileys.org


Tiada ulasan: