Ahad, 12 April 2009

Ibrahim Ali sedang menunggu pinangan dari UMNO ......


Ibrahim Ali adalah satu nama yang tidak asing lagi di Kelantan, beliau di kenali sejak dari ayahnya lagi iaitu Tok Gawa Ali, beliau aktif berpolitik sejak krisis Menteri Besar PAS, di Kelantan iaitu Mohammad Nasir lawan Datuk Asri pada tahun 1977, dan beliau memihak kepada Mohammad Nasir dan mengikut jejak tokoh tersebut yang menubuhkan parti Berjasa.

Saya tidak berhajat untuk menulis sejarah hidup Ibrahim Ali, oleh itu, cukup sekadar saya menyatakan bahawa Ibrahim Ali adalah seorang tokoh yang sering melompat parti, dan parti terakhir yang dia menjadi ahli adalah Umno.

Semasa cuba dinyahkan keluar dari Umno, beliau menyatakan bahawa beliau adalah berdarah politik dan tidak munkin bagi beliau untuk lari dari dunia tersebut, oleh itu usahlah hairan, diketika beliau dipinggirkan dari Umno, beliau cepat-cepat mengambil keputusan bertanding sebagai calun bebas menentang calun Umno dan Pas yang berakhir dengan kemenangan di pihak Pas dengan beliau mendapat ratusan undi sahaja.

Setelah di pecat dari Umno, beliau cuba merapatkan dirinya dengan Pas dan mengambil hati Tok Guru Nik Aziz, langkahnya itu berjaya, Nik Aziz akhirnya terpedaya dengan lakunannya lantas mencalunkannya sebagai calun Pas di Parlimen Pasir Mas, walau pun menyedari bahawa Ibrahim Ali belum pun menjadi ahli Pas.

Dimasa tersebut ramai orang merasa hairan, bagaimana Tok Guru Nik Aziz boleh mengambil keputusan mencalunkan Ibrahim Ali sebagai calun Pas, sedangkan ramai lagi didalam Pas yang masih layak menjadi calun.

Dengan keputusan itu, maka orang-orang yang selama ini berkorban untuk Pas terlepas peluang menjadi calun Pas tetapi sebaliknya seorang yang tidak pun menjadi ahli Pas pula dicalunkan,
ianya adalah suatu keadaan yang unik yang tidak munkin berlaku didalam Umno.

Tetapi itulah kelebihannya Pas, tahap ketaatan dikalangan pengikut Pas adalah tinggi, sehingga tiada seorang pun dikalangan mereka bertindak menjadi calun bebas diketika itu menentang Ibrahim Ali, yang jika berlaku, munkin juga mereka boleh menang.

Munkin juga diketika itu Nik Aziz tersilap bacaan didalam politik, beliau tidak terfikir bahawa Pas boleh menang besar, sebab sebelum dewan undangan negeri dibubarkan, majoriti Pas hanyalah satu kerusi sahaja dari Barisan Nasional.

Memang tidak dinafikan bahawa TG Nik Aziz sangat menyesal dengan keputusannya itu, tetapi apa nak dikatakan lagi...............nasi sudah menjadi bubur.

Munkin juga dah suratan Ibrahim Ali akan panjang berada didunia politik, jikalau TG Nik Aziz tidak memilihnya sebagai calun dahulu, munkin karier politiknya sudah tamat sekarang dan beliau tidak bolehlah mengharapkan supaya Umno meminangnya untuk beliau menyertai Umno semula sekarang

Dipihak Umno pula, adalah tidak munkin bagi Anuar Musa yang mewakili Umno Kelantan, untuk menerima Ibrahim Ali semula, jika kedudukan Ibrahim Ali tidak sebagai seorang ahli Parlimen Pasir Mas serta kedudukan Umno yang semakin goyang seperti sekarang.

Akan tetapi bagi orang seperti Ibrahim Ali, yang prinsipnya adalah peluang, adalah tidak munkin baginya memikirkan soal terhutang budi dan sebagainya, yang penting, beliau sudah pun menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas dan tiada sesiapa pun boleh memaksanya supaya mengosongkan kerusi tersebut, kecuali dengan kerelaannya.

Oleh itu jika ada dikalangan orang-orang Pas yang bertempik meminta beliau mengosongkan kerusi tersebut, maka beliau akan menyambutnya dengan senyuman perli sahajalah.

Cuma didalam benak orang-orang Pas mengharapkan supaya pilihanraya umum ke 13 cepat-cepat berlaku agar kesilapan lalu dapat ditebus ............................


Bahan bacaan tambahan......

UMNO sedang membunuh diri. PAS tidak akan sempat membunuh UMNO.








Free Emoticon Courtesy of www.FreeSmileys.org