Ahad, 26 April 2009

Perubahan yang mengejutkan di dalam PAS

Setelah diamati tajuk berita didalam M.Star online iaitu PAS 'tolak ansur', mahu benarkan calon bukan Islam guna lambang Bulan saya merasakan, walaupun ianya nanti akan di jadikan modal oleh Barisan Nasional untuk mengutuk PAS, tetapi yang seronoknya ialah betapa PAS kini telah
benar-benar boleh menyesuaikan diri dengan perubahan masa.

Betapa memikirkan bahawa PAS dari sebuah parti yang bertaraf pemikiran kampung di suatu masa dulu, tetapi kini telah boleh membawa perkara yang sebegini asing dari kerangka pemikiran PAS kedalam mesyuarat dewan pemuda PAS pusat sehingga keperingkat Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Salahuddin Ayub mengesahkan "Kami (Dewan Pemuda PAS pusat) menyokong penuh keputusan yang telah diputuskan oleh jawatankuasa pusat,"

Menurutnya dalam mesyuarat jawatankuasa pusat itu hampir kesemua sayap parti itu bersepakat untuk bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan itu.

"Ahli-ahli parti juga tidak ada masalah berbangkit dalam hal ini, mereka memberi sambutan yang hangat terhadap isu ini.

"Mungkin inilah masa yang sesuai untuk pucuk pimpinan menimbangkan dengan lebih mendalam mengenainya," katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, Majlis Syura mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak cadangan yang dikemukakan itu.

Walaupun jika ditakdirkan Majlis Syura Ulamak PAS, yang dianggotai oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Harun Din dan Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, menolak cadangan tersebut, sekurang-kurangnya suatu benda yang tersangat asing disuatu masa dulu telah boleh di cadang dan di bincangkan.

Bahawa PAS telah menjadi begitu terbuka sehingga pada pilihan raya umum ke-12 Mac tahun lalu, buat pertama kalinya PAS membenarkan calon bukan Islam daripada Parti Keadilan Rakyat bertanding di kawasan kerusi 'milik' PAS iaitu bahagian Dewan Undangan Negeri Seri Medan, Johor.

Bagaimanapun calon tersebut, Saja @ Mearaj Patani tewas kepada Ahmad Zahri Jamil dari BN dan Umno.

Ketika ditanya adakah perkara tersebut akan mengubah perlembagaan PAS sekali gus membuka keahlian parti itu kepada masyarakat bukan Islam, Salehuddin berkata:"Setakat ini belum ada lagi. Namun kita tidak menolaknya. Kita perlu lihat kepada pendekatan politik semasa."

"Jika pendekatan itu mampu menyatupadukan rakyat tanpa mengira kaum mungkin ia akan dipertimbangkan," katanya lagi.


Free Emoticon Courtesy of www.FreeSmileys.org

Tiada ulasan: