Setelah membaca penjelasan Datuk Sri Najib tentang gagasan Satu Malaysia yang diwar-warkan sebagai satu suntikan semangat baru bagi rakyat Malaysia, saya sebagai rakyat biasa merasakan tidak banyak perbezaannya dengan apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang terdahulu.
Semasa mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengambil aleh dahulu, maka banyaklah pembaharuan yang dilaksanakan, memang diakui sesetengah pembahuruan tersebut telah memberikan kesan positif kepada pembangunan negara.
Tetapi didalam masa yang sama sikap Tun yang tidak mengambil berat terhadap perlakuan rasuah dan penyalah gunaan kuasa didalam pentadbirannya, malah didalam sesetengah kes, beliau didapati melindungi pelakunya, telah menyebabkan rakyat semakin hilang keyakinan terhadap beliau.
Masaalah-masaalah seperti inilah yang perlu diberi perhatian oleh Datuk Sri Najib nanti, memang apa yang disuarakan oleh beliau semasa membentangkan konsep satu Malaysianya adalah satu kebaikan yang sangat diingini oleh rakyat, sikap merendah diri dikalangan pemimpin, sikap tidak mendewa-dewakan pemimpin secara berlebih-lebihan, memang dialu-alukan.
Namun apa yang lebih di kehendaki dan dituntut oleh majoriti rakyat, ialah pembaharuan dan perubahan didalam sistem pentadbiran negara seperti didalam sistem Pendakwaan, Kehakiman,
SPRM, Sebaran Am, dan lain-lain lagi yang boleh memberi kesan langsung kepada rakyat.
Didalam sistem Pendakwaan dan Kehakiman misalnya, beberapa tahun yang lepas, telah kita lihat, melalui lapuran di media massa, beberapa kali telah berlaku, jika seseorang yang berkedudukan penting, serta mempunyai pengaruh terlibat sesuatu musibah dengan rakyat biasa, lantas perkara tersebut diadukan kepada pihak berkuasa, pernah berlaku, lapurannya tidak diendahkan.
Sebagai rakyat bawahan, jika perkara ini terjadi kepada kita, kepada siapa lagi kita mahu mengadu, tetapi didalam kes yang saya sebutkan diatas, nasib baik perkara tersebut dilapurkan didalam akhbar, maka pihak Menteri berkaitan pun campur tangan, dan perkara tersebut akhirnya diselesaikan.
Tetapi apakah kita boleh mengharapkan semua kes yang seperti ini, jika berlaku supaya Menteri
campur tangan ? Menteri pun akan mengambil tahu jika perkara tersebut dilapurkan didalam akhbar, jika tidak, tiada siapa pun akan mengambil tahu.
Maka menjadi harapan besar rakyat Malaysia agar Datuk Sri Najib benar-benar berhasrat dan dapat membersihkan sistem Pendakwaan dan Kehakiman dari segala bentuk rasuah dan penyelewengan, kerana bagi rakyat bawahan, tiada lagi tempat bergantung untuk menyelesaikan sesuatu rasa tidak puas hati selain dari Mahkamah.
Apabila orang kaya boleh membeli pihak pendakwa dan Hakim, habislah, tiada lagi tempat mengadu bagi orang biasa yang miskin, bagi golongan kaya , mereka tiada masaalah, duit mereka banyak, oleh itu Datuk Sri Najib perlu memperkasakan lagi SPRM yang telah diasaskan oleh Pak Lah supaya ianya lebih berkesan dan bebas, akhirnya nanti jika ianya benar-benar berfungsi dengan baik, ia pasti akan dihormati oleh rakyat.
Selain dari perkara yang saya sebutkan diatas, Datuk Sri Najib perlu juga memberi perhatian terhadap kebebasan media massa didalam melapurkan sesuatu, terutama didalam hal politik,
jikalau amalan seperti sekarang diteruskan, dengan lapuran sering berat sebelah, masyarakat akan beralih kepada saluran lain untuk mendapatkan maklumat, kerana mereka tidak mempercayai lagi media yang dikuasai kerajaan, akhirnya matlamat kerajaan mahu menyampaikan maklumat kepada rakyat tidak akan tercapai.
Bahawa sesungguhnya jika perubahan yang dituntut oleh rakyat ini dilaksanakan, tidak mustahil
keyakinan rakyat akan kembali semula kepada Barisan Nasional sebagaimana yang di khendaki
dan di hasratkan oleh Datuk Sri Najib .......................
Rakyat terbanyak akan hanya memerhatikan akan kesungguhan wawasan Datuk Sri Najib untuk menjadikan gagasan satu Malaysia di realitikan........................penilaian dan keputusannya
akan dibuat oleh rakyat didalam Pilihanraya Umum yang ke 13 nanti.................
Selamat berjuang.........................

Tiada ulasan:
Catat Ulasan