Cuba saudara-saudara baca kenyataan ini " Bangkitlah Melayu ", ianya adalah suara dari pemimpin Melayu yang ketandusan idea untuk menarik perhatian umum bagi menaikkan mereka menjadi pemimpin.
Apa perlunya kenyataan seperti ini di negara majmuk seperti Malaysia, ianya hanya akan menyebabkan bangsa lain akan bekerja lebih kuat, demi masa depan mereka, manakala orang Melayu semakin lalai, kerana menyangka sudah ada orang yang membela mereka, sedangkan apa yang berlaku sebenarnya, ialah tin-tin kosong yang dipalu agar menarik perhatian demi matlamat mereka untuk mendapatkan sesuatu.
Kita sedih sebenarnya, setelah lebih 50 tahun merdeka, masih lagi ada suara-suara sumbang yang memperjuangkan semangat perkauman, sepatutnya jika kita nak bantu kaum Melayu bantulah, memang patut pun orang Melayu dibantu kerana, jika di perhatikan, orang Melayulah yang paling ketinggalan didalam serba serbi.
Akan tetapi perlu dijelaskan bahawa bantuan yang diberikan, bukan kerana ianya bangsa Melayu, tetapi kerana orang Melayu memang berhak menerimanya, disebabkan faktor diatas.
Saya berpendapat, antara salah satu sebab kenapa orang Melayu sangat ketingalan didalam pelbagai bidang, ialah faktor selesa, orang Melayu selesa kerana kononnya mereka tinggal dinegeri Melayu, rajanya adalah dari kalangan orang Melayu , sebahagian besar pemimpin-pemimpin utama adalah dari bangsa Melayu, dan suara-suara dari pemimpin pula kononnya sering membela orang Melayu.
Maka sejak dari dahulu sampai sekarang, orang Melayu di dodoikan dengan keadaan ini, akhirnya orang Melayu bukan semakin bangkit tetapi semakin lemah jika dibandingkan dengan
bangsa lain.
Bangsa-bangsa lain pula, oleh kerana suara-suara pemimpin Melayu terlalu kuat bertempik kononya membela orang Melayu, mereka menjadi cemas, lantas keadaan tersebut menjadi satu motivasi kepada mereka untuk bekerja lebih kuat, berfikir dan bertindak bagi menghadapi masaalah yang mereka dihadapi.
Sudah sampai masanya suara-suara perkauman di hentikan, sebaliknya pemimpin Melayu perlu bekerja bersungguh-sungguh demi menaikkan kembali mertabat bangsa Melayu tanpa perlu menyebut bahawa ini adalah satu perjuangan untuk orang Melayu, itu untuk Melayu dan semuanya untuk Melayu tetapi sebenarnya hasilnya adalah tidak seberapa.
PM elak ulas 'Bangkitlah Melayu'

Tiada ulasan:
Catat Ulasan