Khamis, 2 April 2009

Siapakah yang terdesak sebenarnya..........Pakatan Rakyat atau BN ?

Kejadian memusnahkan poster parti sendiri, sering berlaku didalam kumpulan BN, ini biasanya terjadi kerana calon yang terpilih bukan dari kalangan ketua bahagian UMNO, sedangkan wang peruntukan disalurkan kepada ketua bahagian, oleh kerana protes tidak terpilih, maka ketua bahagian dan kuncu-kuncunya akan menyekat wang peruntukan, malah bukan menghairankan jika ketua bahagian mengharapkan supaya calon BN kalah.

Di pihak pekerja-pekerja parti pula, mereka bekerja untuk BN kerana wang, oleh kerana wang tidak dibayar, maka mereka pun marah, akhirnya yang menjadi mangsa ialah poster di musnahkan, tetapi nak marahkan siapa, walau pun perkara ini dilapurkan kepada polis, polis tidak boleh mengambil tindakkan, kerana yang memusnahkan ialah si pemasang sendiri, bukannya orang lain.

Oleh itu tindakkan sesetengah blogger menuduh perbuatan tersebut dilakukan oleh orang-orang Pakatan Rakyat, adalah satu tuduhan liar semata-mata, tambahan lagi jikalau menuduh kononya tindakkan tersebut adalah perbuatan terdesak oleh Pakatan Rakyat.

Siapa yang terdesak sebenarnya, jelas sekarang ini yang terdesak ialah di pihak BN, ceramahnya tidak mendapat sambutan, bilik gerakkannya kosong, malah yang lebih dahsyat, BN terpaksa menggunakan Polis, Mahkamah, SPRM, dan seluruh jentera kerajaan .

Maka jikalau setelah menggunakan segala kemudahan tersebut secara tidak bermoral, tetapi masih lagi kalah, ertinya rakyat telah menolak BN secara total dan satu pilihanraya baru di seluruh negeri Perak perlulah diadakan.

Tetapi beranikah BN mengadakan pilihan raya baru di seluruh negeri perak ?


TV3 dan Utusan putar belit kes Speaker Sivakumar




Tiada ulasan: