Rabu, 8 April 2009

Reform untuk rakyat, apakah Najib akan berjaya melakukannya ?



Pengumuman Senarai penuh barisan Kabinet Perdana Menteri baru, Datuk Sri Najib Tun Razak yang di nanti-nantikan telah di umumkan petang ini, matlamatnya ialah untuk membuat satu transformasi didalam pentadbirannya bagi memenangi semula hati rakyat supaya kembali menyokong Barisan Nasional.

Persoalannya mampukah Datuk Sri Najib melakukannya ? saya berpendapat bahawa Datuk Sri Najib tidak akan berjaya membuat perubahan sebagaimana yang dikhendaki oleh rakyat terbanyak, terutamanya generasi muda, yang merupakan pengundi terbesar dimasa akan datang, yang mampu mencorakkan, bagaimana bentuk pemerintahan yang mereka inginkan.

Sebagaimana yang kita dengar dari mulut Datuk Sri Najib sendiri, bahawa beliau menanam iltizam untuk memberikan kemenangan kembali kepada Barisan Nasional, sebagaimana yang Barisan Nasional nikmati puluhan tahun yang lampau di zaman gemilangnya.

Oleh kerana matlamatnya ialah kemenangan untuk Barisan Nasional, maka tindakannya nanti, baik didalam apa juga keputusan, mestilah yang akan menguntungkan parti Umno dan Barisan Nasional.

Sebagai contoh, didalam reformasi sistem kehakiman yang lebih bebas, sebagaimana yang dituntut oleh rakyat, mampukah kerajaan membenarkan Mahkamah bertindak dengan betul-betul bebas berdasarkan prinsip undang-undang, sedangkan dengan berbuat demikian
kerajaan akan mendapati bahawa musuh politiknya akan memperolehi kejayaan demi kejayaan.

Didalam kes liwat Datuk Sri Anwar contohnya, kalau dibiarkan Mahkamah bebas menjalankan kuasanya mengikut undang-undang, kes Datuk Sri Anwar munkin akan "dibuang kes" maka sanggupkah Datuk Sri Najib yang memang mahu melihat Datuk Sri Anwar dipenjarakan, membiarkan perkara ini berlaku ?

Begitu juga seperti kes perlembagaan di Perak, sanggupkah Datuk Sri Najib melihat Pakatan Rakyat memperolehi kembali negeri tersebut, setelah beliau bersusah payah merampasnya sebelum ini.

Begitulah diantara sebahagian dari contoh-contoh yang boleh diberikan dan bolehlah dipanjangkan lagi kepada contoh yang lain-lain, yang kerajaan mempunyai kepentingan , seperti didalam POLIS, SPRM, SPR, dan lain-lain lagi.

Maka dengan kepentingan yang sedemikian rupa, bolehkah Datuk Sri Najib mengaku bahawa perubahan yang di buatnya nanti adalah sejajar dengan tuntutan rakyat ?

Bahawa sesungguhnya, jika Datuk Sri Najib benar-benar mahu membuat perubahan demi kepentingan negara dan rakyat Malaysia, maka matlamat perubahan tersebut mestilah demi kepentingan rakyat, walau pun akhirnya akan menyebabkan Barisan Nasional jatuh tersungkur,
dan tidak lagi menguasai negara.

Munkin ada diantara kita, terutamanya ahli-ahli Umno akan mengatakan, kalau begitu apa gunanya membuat perubahan, jikalau akhirnya akan menyebabkan Barisan Nasional tidak memerintah lagi ?

Ya... disinilah namanya perjuangan................perjuangan sebenar, bukan untuk kepentingan diri sendiri, atau parti sendiri, tetapi adalah untuk kepentingan seluruh rakyat Malaysia, bukankah parti itu hanya alat, dan matlamat akhirnya nanti adalah kemenangan rakyat, kesejahteraan rakyat.

Tetapi saya sangat yakin, andainya Datuk Sri Najib boleh benar-benar melakukannya, walaupun
jika ditakdirkan akhirnya boleh menyebabkan parti pimpinannya kalah, namun jasanya akan tetap di kenang sebagai seorang Perdana Menteri yang berjasa besar.

Tetapi adakah benar bahawa jika Datuk Sri Najib berjaya membuat reformasi didalam sistem pentadbiranya, beliau akan kalah, seperti mana yang dibimbangi oleh sebahagian besar pemimpin Umno ? sebenarnya belum tentu, malah munkin rakyat boleh menerimanya sebagai satu tanda keikhlasan yang benar-benar jujur dan akan terus menyokongnya.

Akan tetapi jika Datuk Sri Najib enggan membuat perubahan sebagaimana yang dikhendaki rakyat, maka di yakini beliau tetap akan tersungkur juga, maka diantara dua cara tersungkur yang munkin dihadapinya, adalah lebih baik sebagai anak Tun Abdul Razak, seorang negarawan yang pernah berjasa besar kepada negara, menerima kekalahannya tetapi memberikan kemenangan untuk rakyat.

Atau adakah bagi memastikan Barisan Nasional terus memerintah, beliau sanggup memilih
cara diktator sebagaimana Shah Iran yang diakhir pemerintahannya tetap berusaha untuk mempertahankan kerajaannya walaupun jelas rakyat Iran tidak mahu menerimanya lagi, dan akhirnya Raja tersebut terpaksa juga turun dari takhtanya dengan rekod yang buruk.

Saya berharap Datuk Sri Najib tidak akan memilih cara yang di pilih oleh Shah Iran tersebut, sebaliknya beliau diharap akan mengutamakan kepentingan rakyat supaya walaupun ditakdirkan nanti beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri tetapi beliau akan tetap dikenang sampai bila-bila, sebagai bapa reformasi untuk negara Malaysia, apakah beliau tidak mahu
mendapat gelaran tersebut ? suatu anugerah dari rakyat ...........




Di luar lingkaran: Mengingat jejak Tun Razak sebagai PM





Free Emoticon Courtesy of www.FreeSmileys.org

1 ulasan:

mosabit berkata...

masalahnya sinajib ni kena bersihkan diri dia dulu dari segala macam tuduhan....
bukan cukup hanya dengan penafian dan bersumpah laknat di masjid sahaja...
kalau ada tuduhan kita melanggar lampu merah di jalan raya...adakah cukup kita bawa polis ke masjid dan bersumpah laknat menyatakan kita tidak melanggar lampu merah?...boleh gitu?..sendiri mau ingat laa..