- Apabila semakin hampir PRK Bukit Gantang, berita tv3, akhbar utusan, berita harian dan lain-lain langsung tidak boleh dijadikan rujukan, puak-puak ni hanya menyiarkan bahan propaganda semata-mata bukannya berita .
- Oleh kerana BN semakin terdesak, mereka cuba menyekat rakyat dari mendapatkan berita selain dari sumber propaganda mereka, tak cukup dari tindakkan mereka mengharamkan Harakah dan Suara Keadilan .
- Mereka memperalatkan Polis dan semua jentera kerajaan, yang sepatutnya berkecuali, seolah-olah semua itu adalah menggunakan duit mereka, walhal itu semua duit rakyat, tak cukup lagi dengan itu mereka bertindak pula menyekat para pemimpin PR dari menyentuh issue Attantuya dan perihal Sultan Perak yang menyebelahi mereka .
- Terkini diberitakan bahawa syarat baru lagi di tambah, kononya tidak dibenarkan pula pemimpin PKR dan DAP berceramah di Bukit Gantang, alasannya, hanya pemimpin parti yang bertanding sahaja di benarkan berceramah, oleh kerana pakatan PKR, DAP dan PAS belum di daftarkan, maka mereka tidak di iktiraf sebagai sebuah gabungan yang sah.
- Perihal tv3 dan akhbar-akhbar yang mereka kuasai dijadikan alat propaganda, bukan cerita baru lagi, mereka berkempen melalui media tersebut 24 jam, malangnya mereka tidak tahu atau buat-buat tidak tahu, bahawa rakyat sudah sangat muak, meloya dan nak muntah dengan bahan- bahan basi mereka itu.
- Tetapi dizaman yang serba canggih sekarang ini, rakyat , terutama golongan muda tidaklah kelaparan, kerana walaupun tidak makan bahan basi propaganda mereka, tetapi ada pilihan lain
- yang lebih enak iaitu laman Blog, melalui laman blog, berita sebenar akan diperolehi didalam masa yang sangat singkat, siap berserta dengan gambar sekali .
- Oleh itu saya mewakili seluruh rakyat Malaysia,
- yang cintakan kebenaran, mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua para blogger yang bertungkus lumus bertugas secara sukarela, sanggup bersengkang mata demi memberikan berita yang cepat dan tepat, hanya Allah sahajalah yang akan membalas jasa anda semua.........................
Untuk Maklumat Terkini Dari N-25 Bukit Selambau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan