Rabu, 22 April 2009

Kerabat Kelantan didakwa dera isteri model


Setelah membaca berita Kerabat Kelantan didakwa dera isteri model yang disiarkan oleh Malaysia kini, terkenang kembali kita kepada kes yang dulu-dulu yang juga melibatkan kerabat diraja, betapa jika kita orang biasa, tetapi terlibat kes seperti ini.

Seperti yang diceritakan oleh Daisy Fajarina iaitu ibu Model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot, bahawa untuk menjejak anak bongsunya daripada dua beradik itu, Daisy cuba masuk ke Malaysia tetapi dihalang oleh jabatan imigiresen atas alasan "permintaan istana Kelantan."

Cuba bayangkan apa yang boleh kita buat, jika kita berada ditempat Daisy Fajarina, mahu mengadu kepada siapa, Daisy Fajarina masih bernasib baik, kerana dia berada di luar negeri, boleh mengadu kepada kedutaan Indonesia, itu pun kita tidak tahu sejauh mana yang boleh dilakukannya.

Jikalau ianya terkena kepada kita, kita mahu mengadu kepada siapa ? mahu membuat lapuran kepada polis, polis pun takut mahu menerima lapuran, habis kepada siapa lagi kita mahu mengadu ? apa yang saya bayangkan ini, didalam keadaan imuniti raja-raja sudah tiada, cuba bayangkan jika imuniti raja-raja di kembalikan seperti dulu......................

Itulah sebabnya saya sangat membantah diatas usul sesetengah pihak yang kononnya mahu mengembalikan semula imuniti raja-raja, yang telah berjaya dibuang oleh pahlawan rakyat Tun Dr Mahathir Mohamad .

Bagi saya sebagai rakyat bawahan, jasa Tun Dr Mahathir tersebut sangat besar nilainya, malah bukan mudah untuk dilakukan oleh sembarangan pemimpin, maka apabila timbul isu cadangan mahu mengkaji semula imuniti raja-raja, setelah apa yang berlaku di negeri Perak, jelas menggambarkan betapa ceteknya ingatan sesetengah orang kita.

Sesungguhnya perjuangan untuk membela rakyat, hendaklah melampaui kepentingan politik kepartian, sebab yang akan menerima akibatnya nanti, adalah semua rakyat tanpa mengira parti mana yang dianutinya.

Oleh itu disini sekali lagi saya menyeru, agar isu imuniti ini, jangan sesekali di politikkan, fikirkanlah kepentingan rakyat jelata bawahan kerana andainya sekali kita terlepas, bukan mudah untuk kita mendapatkannya kembali.........

Kita bukan mahu membuang raja, cuma kita mahu raja berada dibawah undang-undang...........



Imigresen batal larangan ibu Mano ke M'sia

Free Emoticon Courtesy of www.FreeSmileys.org

5 ulasan:

Akar Umbi berkata...

Terima kasih kerana memberi ruang kepada blog saya

malaysia baru berkata...

Polis eloklah pergi menyiasat sebelum masalah rumit timbul...

Dah tau, jangan buat2 tak tau..

Siasat cepat, sebelum di siat-siat lagi...

ababina328 berkata...

Terima kasih diatas komen anda berdua......

.@blogger.com berkata...

Saya tak heran apabila untuk kepentingan mereka meraka kata TDM Pahlawan tetapi dalam keadaan lain mereka menghina dan mengutuk Tun. Kebenaran mereka hanya satu : Halal untuk mereka tetapi haram untuk orang lain ~ haramjadah namanya

ababina328 berkata...

Terima kasih kepada .@blogger.com diatas kesudian anda utk memberikan komen diblog ini.

Berkenaan komen sdr....Saya tak heran apabila untuk kepentingan mereka, mereka kata TDM Pahlawan tetapi dalam keadaan lain mereka menghina dan mengutuk Tun. Kebenaran mereka hanya satu : Halal untuk mereka tetapi haram untuk orang lain. ~

Yang sebenarnya, ada yg TDM buat, saya sangat setuju dan ada juga yg saya tidak setuju.......
Biasalah di dunia politik memang macam tu....nak buat macam mana...