Isnin, 1 Disember 2008

"Eksklusif: PKR Serius Akan Kembalikan Hak Raja,



[anwar10.jpg]


SHAH ALAM
: Parti Keadilan Rakyat (PKR) serius dalam membawa isu memperjuang dan mengembalikan kedaulatan institusi beraja di negara ini. Bagaimanapun penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, konsep sebenar mengenainya perlu diteliti sewajarnya agar tidak wujud sebarang ketegangan antara kuasa eksekutif, pihak berkuasa politik dan kuasa istana.

Blogger ababina328 said...

"Eksklusif: PKR Serius Akan Kembalikan Hak Raja,

Saya rasa terpanggil untuk memberi ulasan terhadap tajuk diatas.

Pada pendapat saya, diantara jasa yg paling besar yg telah dilakukan oleh Tun Dr.Mahathir selain membangunkan Malaysia,ialah menghapuskan imuniti raja-raja.

Apakah kita lupa peristiwa menampar rakyat jelata oleh kerabat diraja sebelum penghapusan imuniti raja-raja suatu masa dahulu ?

Apakah kita lupa peristiwa campur tangan istana di dalam perlantikan setiausaha-setia usaha kerajaan negeri .

Apakah kita mahu peristiwa tersebut berulang kembali...

Apakah kerana penghapusan imuniti raja-raja ini di lakukan oleh Tun Dr.Mahathir, maka setiap apa yg Tun Dr.Mahathir buat di kira tidak betul....walau pun hakikat sebenar nya elok.

Janganlah kita bersikap seperti tikus membaiki labu, perbetulkanlah yg tidak elok sahaja tetapi bukan cuba membaiki semua perkara.

Ingat seburuk-buruk BN, dia telah banyak pengalaman didalam mentadbir negara .

Banyak perubahan -perubahan yg di lakukan adalah disebabkan keperluan semasa .

Memang ada yg buruk, tetapi ada juga yg baiknya.

Fikir-fikirkan lah.....

December 1, 2008 10:57 AM

Tiada ulasan: