Jumaat, 19 Disember 2008

MENJELANG PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN KUALA TRENGGANU

Kabinet tangguh swastakan IJN Begitulah tajuk kecil yang dipetik dari malaysia kini .

Pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bahawa, kabinet telah memutuskan untuk menangguhkan membuat sebarang keputusan berhubung cadangan penswastaan Institut Jantung Negara (IJN) kepada Sime Darby sehingga perbincangan lanjut diadakan berhubung perkara itu adalah sangat membimbangkan.


institut jantung negara ijn 181208Ini adalah kerana penangguhan tersebut menimbulkan beberapa persoalan, seperti kata NOBISHA Ketua Pegawai Eksekutif sebuah organisasi perundingan. Presiden, Persatuan Penggerak Pembangunan Komuniti Malaysia, didalam blognya
  • nobisha begini komen nya ......................

Keputusan Kabinet - "Apa? Tangguh?"


Mengapa tangguh?

Adakah "tangguh" kerana nak tunggu masa yang sesuai untuk setuju?

Sampai bila nak tangguh?

Adakah "tangguh" sehingga pilihanraya kecil Kuala Terengganu?

Dalam sidang akhbar hari ini, Najib menafikan penangguhan itu adalah kerana pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu. Saya percaya Najib jujur dengan kenyataan itu. Bagaimanapun, mampukah Najib menyakinkan pengundi P36 Kuala Terengganu?

Untuk meningkatkan harapan untuk menang, kerajaan hanya ada satu saja pilihan -- tolak cadangan Sime Darby itu. Andainya tidak, ia memberikan pembangkang satu lagi isu rakyat untuk dijadikan bahan ceramah.

Saya sangat bersetuju dengan pendapat Nobisha tersebut, ini adalah kerana penswastaan biasanya membawa mala petaka kepada rakyat miskin dikampung-kampung .

Di tambah pula, sehingga sekarang ini, satu polisi insurance pun belum berjaya diwujudkan lagi bagi mengatasi masaalah kesihatan masyarakat luar bandar dan pekerja persendirian, walaupun dulu ada terdengar dari mulut seorang menteri kesihatan yang mencadangkan perkara ini .

Cuba anda semua fikirkan, jikalau IJN nanti diswastakan, perbelanjaan mendapatkan rawatan
disitu pasti akan meningkat berkali ganda, munkinlah diperingkat permulaan belum naik lagi,
tetapi lama kelamaan ianya pasti meningkat, dengan berbagai alasan yang diada-adakan .

Sekarang pun orang susah dikampung-kampung dah tak termampu, nanti kalau diswastaskan
lagi teruk jadinya .

Oleh itu orang ramai mesti besuara menyatakan bantahan sehingga hasrat menswastakan IJN
ini dibatalkan .

Sekian ........sampai jumpa lagi ......



Tiada ulasan: