Pahang Daily Online pada hari ini telah menukar bajunya dan menurut
katanya, dia berazam untuk turut menukar pendirian sesuai dengan tema barunya " satu arah satu tujuan"
. Kami harap, dengan logo baru ini maka tidak timbul lagi spekulasi tentang Pahang Daily Online merupakan "talibarut" pihak-pihak tertentu baik dalam Pakatan Rakyat mahupun UMNO/BN sendiri. Kami adalah "independent" dan tertegak dengan suara rakyat. Kami akan melaporkan segala masalah rakyat dan kepincangan yang berlaku dalam segala urusan berkaitan rakyat. Kami akan membongkarkan segala yang tersirat dan tersurat.
Namun, ikhlas kami katakan, kami lahir sebagai "pejuang rakyat" dan tidak akan terikat dengan mana- mana parti politik semata-mata.
Begitulah azam baru Pahang Daily Online.
Saya sebagai salah seorang pembaca tetapnya, yang sentiasa meletakan kebenaran dihadapan memang sangatlah bersetuju dengan hajat barunya itu.
Dahulu pun saya pernah mengingat kan pahang daily online, supaya jangan sesekali membawa berita fitnah....saya cuma mengingatkan sahaja..bukan menuduh...tetapi telah dimarahi oleh lain-lain pelawat blok ini, sampai mengatakan " ababina babi "
Kini setelah terlancarnya logo baru
dan azam baru, maka saya berharap benarlah supaya kata-kata "kami lahir sebagai "pejuang rakyat" dan tidak akan terikat dengan mana- mana parti politik, dapat dilak sanakan .
Mulai keluaran akan datang, saya ingin melihat pahang daily online mengulas, selain masaalah penyelewengan oleh UMNO,juga kepincangan PAS,KEADILAN dan lain-lain.
Kebenaran mestilah sentiasa diuta makan meskipun mendapat tentangan.
Semoga Pahang Daily Online panjang usianya dan boleh dijadikan sebagai salah satu wadah untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan benar.
Sekian sahajalah.........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan