Khamis, 11 Disember 2008

PERDANA MENTERI KOTAKAN JANJI

Utusan Online

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini membentangkan di Dewan Rakyat Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 – mengotakan apa yang dijanjikannya untuk membawa pembaharuan terhadap integriti bidang kehakiman dan agensi membanteras rasuah di negara ini.

Begitulah tajuk berita di utusan malaysia online harini .
Saya sebagai salah seorang dari rakyat Malaysia, yang tidak mempunyai kepentingan apa -apa
didalam bidang politik, sangat menyambut baik terhadap berita tersebut .

Adalah menjadi harapan, supaya suruhanjaya perlantikan kehakiman, suruhanjaya pencegahan rasuah yang dibentangkan diparlimen musim ini di luluskan.

Rasuah adalah musuh negara yang terbesar tetapi sangat sukar untuk dihapuskan, melalui peng
amalan rasuah contohnya, maka berlakulah kelulusan pembangunan dilereng-lereng bukit, yang tidak sepatutnya berlaku dan akhirnya telah menyebabkan berpuluh- puluh buah rumah ranap dikawasan perumahan dibukit antarabangsa .

Begitu juga dengan kemasukan tidak terkawal pendatang asing kenegara ini, telah menyebabkan
peluang pekerjaan semakin mengecil serta berbagai-bagai masaalah lagi kepada penduduk tempatan .

Bagi rang undang-undang suruhanjaya perlantikan kehakiman 2008 pula, yang dibentangkan buat kali pertama semalam, walaupun pada pendapat bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad harini, bakal mencetuskan masaalah didalam pemilihan perlantikan ketua hakim negara dan presiden mahkamah rayuan, namun adalah diharapkan ianya boleh diatasi nanti.

Yang paling penting perlantikan hakim itu nanti, boleh diterima oleh sebahagian besar rakyat dan juga mampu meyakinkan kembali para pelabur untuk kembali membuat pelaburan di malay sia.

Semoga dihari-hari terakhir sebelum persaraan perdana menteri Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi nanti benar-benar meninggalkan sesuatu yang berharga bagi rakyat untuk dikenang,
bak kata pepatah, gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang dan manusia mati meninggalkan jasa.

Usaha awal telah dilakukan PM Abdullah, sekarang terpulanglah kepada penggantinya nanti untuk melaksanakan urusan selanjutnya.....berjaya atau tidak bergantung kepada kesungguhan
dan keupayaan Datuk Sri Najib Tun Razak di dalam menjayakanya.

Adalah diharapkan semoga ianya berjaya........sekian .








Tiada ulasan: