Khamis, 18 Disember 2008

MUDAH NYA DAPAT WANG MELALUI POLITIK

khir toyo zaharah kechik selangor former mb 171208Salam sejahtera, saya memilih tajuk mudahnya mendapat wang melalui politik didalam mengisi blog saya kali ini, saya terfikir begitu adalah kerana, setelah membaca lapuran ini DUN S'gor siasat jutaan wang Balkis didalam malaysia kini dan lapuran
bagaimana borosnya mereka membelanjakan duit tersebut Siasatan wakil BN boros RM26.6 juta

Cubalah anda fikirkan, mengikut lapuran diatas, BALKIS iaitu Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor iaitu satu pertubuhan yang dianggotai oleh isteri -isteri wakil rakyat dari UMNO semasa BN berkuasa dahulu, telah mendapat sumbangan wang yang besar, sumbangan itu dari enam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri, sewaktu pemerintahan Barisan Nasional. kepada badan itu, nilai transaksinya ada yang mencecah sehingga RM1 juta setahun sejak penubuhan Balkis pada 1985.

Untuk pengetahuan anda semua, BALKIS ini, pada ketika itu diterajui oleh isteri menteri besar selangor Dr.Mohamad Khir Toyo iaitu Puan Zaharah Kechik .

Apa yang membuat saya termenung ialah, cuba anda bayangkan, jikalah BALKIS ini bukan berkaitan dengan politik, bukan berkaitan dengan orang yang berkuasa yang ketika itu meme gang tampuk kekuasaan diselangor, apakah akan ada syarikat atau orang persaorangan yang akan menghulurkan sumbangan sebegitu besar ?

Jawapannya .... jangan haraplah ....... oleh sebab itulah, maka kita akan dapati semakin ramai orang-orang yang berminat dengan politik.... terutama sekali di dalam UMNO, ( kerana ianya masih berkuasa diperingkat pusat ) sehingga untuk memegang jawatan sebagai ketua cawangan pun, terpaksa mengeluarkan wang yang bukan sedikit .

Kesimpulanya begitulah antara salah satu contoh mudahnya mendapat wang melalui penglibatan didalam dunia politik ......

Sekian untuk kali ini .....terima kasih .








Tiada ulasan: