Ahad, 7 Disember 2008

Memahami Tujuan Kenyataan Hassan Ali

[20081205_hasanAli.jpg]

KALAU bukan kerana tragedi tanah runtuh di bukit Antarabangsa semalam sudah pasti kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Hassan Mohamad Ali akan menjadi tumpuan media dan juga blog. Blogger akan mengulas dan mengupas mengikut kecederungan politik masing-masing.

Kenyataan berterus terang oleh Hassan itu sedikit mengejutkan dan kurang menyenangkan pihak tertentu. Saya sendiri merasa pelik dan aneh dengan kenyataan itu dan mencari apakah tujuannya.

Apakah faedahnya Hassan membuat kenyataan sedemikian. Apakah beliau didalam keadaan tertekan sehingga tepaksa bercakap sedemikian kepada media massa? Bahawa beliau sudah tidak boleh tahan lagi. Siapakah yang menekan beliau, rakyat atau perasaan (cita-citanya) sendiri?

Hassan menerusi kenyataan itu dipetik membuat pengakuan bahawa pihaknya (Pas) sukar untuk mentadbir Selangor disebabkan kerana perbezaan ideologi politik dengan PKR dan DAP. Sehubungan itu katanya menyebabkan Pas tidak dapat melaksanakan aspirasi orang Melayu di negeri itu.

Bagaimanapun tegas Hassan, Pas sesekali tidak akan tunduk kepada tekanan-tekanan yang berlaku terutamanya mengenai Islam yang menjadi matlamat Pas. Pas katanya Pas tidak akan bertolak ansur dengan hal-hal yang haram seperti pelacuran dan akan bertegas dengan hal itu.

Apa yang menyebabkan saya tidak faham dan merasakan kenyataan tersebut seperti membuka pekong di dada, adalah kerana ianya akan memberi kesan tidak baik kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Pendedahan itu mendedahkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam keadaan bergelora dan tidak padu?

Pendedahan Hassan itu juga mendedahkan bahawa berlaku masalah dalaman Pakatan Rakyat. Apakah dengan pendedahan itu Hassan dapat menyelesaikan isu dalaman itu? Selesaikah masaalah Hassan dengan pengakuan itu? Ataupun beliau ada tujuan lain ingin memberi isyarat bahawa Hassan sedang bergerak ke landasan lain daripada kerabat Pakatan Rakyat. Begitukah?

Seperkara yang Hassan perlu ingat, apa-apa keputusan atau tindakan yang hendak diambil oleh Pas Selangor ia mesti mendapat restu daripada Pas Pusat. Apapun juga keputusan yang ingin dibuat oleh Pas Selangor, kalau Pas Pusat tidak merestuinya ia tidak boleh dilaksanakan. Tindakan itu bertentangan dengan parti. Kecualilah Hassan bersedia untuk melanggar keputusan Pas Pusat.

Dari sudut mana pun bagi saya kenyataan Hassan itu tidak bijaksana kerana ia tidak memberi kebaikan kepada Pas dan Pakatan Rakyat. Kenyatan itu menyebabkan timbul persepsi dari kalangan rakyat bahawa Pas tidak 'ngam' dengan Pakatan Rakyat. Ini juga menyebabkan orang akan boleh membuat kesimpulan Pas Selangor masih melakukan angagement dengan Umno.

Secara tidak langsung juga kenyataan akhbar itu, mendedahkan kelemahan Hasaan sendiri untuk meletakkan Pas menjadi parti penting dalam Pakatan Rakyat. Memperjuangkan hak-hak dan kepentingan Pas dalam kerajaan negeri Selangor. Berterus terang itu baik tetapi dalam politik ia natijahnya bukan begitu. Di sini fatanah Hassan sebagai politician nampaknya tidak ada.

Yang pastinya kenyatan begitu akan memburukkan lagi suasana dan hubungan Hassan dengan PKR dan DAP dan juga dengan individu-individu di dalam Pas sendiri yang kemaruk dengan politik baru Pakatan Rakyat di Selangor itu.

Diharap lain kali Hassan akan menggunakan mekanisme lain untuk mengurangkan tekanan yang mungkin dihadapinya. [wm.kl. 7:45 am 07/12/08]

Seluruh rencana diatas adalah dipetik dari tulisan sdr. Mohd. Sayuti Omar dari bloknya merah tinta, saya sangat meminati tulisan nya kerana beliau menulis dengan begitu berterus terang.

Celoteh murai bersirinya, sangat menarik, memberi tauladan yang baik disamping sangat menghiburkan.

Sekalung tahniah kepada sdr. Mohd.Sayuti dan teruskanlah mengabdikan diri didalam dunia penulisan .

Sekian terima kasih..............jumpa lagi......







Tiada ulasan: