Isnin, 8 Disember 2008

BUKAN KERANA IANYA UMNO

[umnokarat.jpg]


Salam aidil adha ditujukan khusus kepada pemblog-pemblog diseluruh negara.


Ketika menziarahi kerumah rakan-rakan, sempena aidil adha ini , maka adalah juga rakan-rakan, ketika sedang menjamu selera, menyentuh tentang perkembangan politik tanah air.

Seperti biasa, oleh kerana UMNO adalah parti yang menjadi tunjang didalam parti yang sedang memerintah iaitu Barisan Nasional, maka ianya mudah menjadi sasaran.

Ayat-ayat seperti " alah UMNO memang macam tu " atau " selagi UMNO memerintah sampai bila pun macam ni " ianya dirujuk kepada setiap kepincangan yang berlaku di dalam negara .

Saya hanya mendiamkan diri, bila bertemu topik-topik perbualan seperti ini, saya diam kerana memikirkan, adalah tidak munkin semua perkara adalah salah UMNO.

Kalau kita teliti diperingkat awal kemerdekaan dahulu, UMNO lah yang telah berjaya menyatupadukan orang-orang melayu, UMNO lah yang telah berjaya membawa pembangunan
kepada orang melayu, UMNO lah semasa dibawah kepimpanan TUN ABD.RAZAK mewujudkan Felda dan telah berjaya membawa beratus ribu orang orang melayu keluar dari kepompung kemiskinan.

Begitu juga diperingkat pertengahan, kita mendapat seorang perdana menteri dari UMNO yang berjaya merobah Malaysia dari sebuah negara pertanian kepada sebuah negara industri dan maju iaitu TUN DR MAHATHIR MOHAMAD.

Maka kenapa ianya berlaku seperti sekarang ?

Saya berpendapat, puncanya adalah kerana peluang, peluang untuk melakukan penyelewengan
terbuka terlalu luas, tambahan pula rekod menunjukan, tindakan jarang diambil, walau pun penyelewengan tersebut bernilai berbilion-bilion ringgit, jika yang melakukan nya adalah dari
puak kita (kroni)

Tidak perlulah saya menunjukkan contoh nya disini, kerana saya rasa, ramai masih ingat tentang penyelewengan tersebut .

Saya paling terkilan kepada TUN DR MAHATHIR, kerana walau pun dia yang paling berjaya
membawa pembangunan kepada Malaysia, tetapi dia langsung tidak berusaha mencegah penyelewengan.

Contoh paling nyata ialah, kurang berfungsinya BPR, sehingga terpaksa Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi menubuhkan sebuah suruhanjaya.

Begitu juga badan kehakiman telah menjadi robot, akibat campurtangan berlebihan dari perdana menteri, khasnya semasa perbicaraan Datuk Sri Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu.

Satu lagi yang menjadi bantahan rakyat ialah ISA, ramai berpendapat bahawa walaupun ISA wajar dikekalkan, tetapi ianya perlu dibuat pindaan, supaya peluang menyalahgunakan nya ditiadakan langsung .

Paling mengherankan saya ialah, kenapa UMNO yang masih beria-ia mempertahankan untuk tidak mahu meminda ISA , sedangkan semua parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain menuntut supaya ISA di pinda.

Saya berpendapat, hanya ada dua peluang untuk rakyat mendapatkan perubahan, pertama melalui Perdana Menteri baru, iaitu Datuk Sri Najib Tun Razak.

Diharap Allah membuka pintu hati kepada Datuk Sri Najib Tun Razak untuk benar-benar membuat perubahan baik didalam BPR, Kehakiman, mahupun ISA .

Saya tahu ramai kawan-kawan saya tersenyum sinis, bila saya mengharapkan Datuk Sri Najib Tun Razak untuk membuat perubahan, mereka kata saya mengharapkan harimau menjaga kerbau.......tak pe lah ..apa salahnya, kita berdoa untuk kebaikan.

Jikalau nanti Datuk Sri Najib Tun Razak masih mahu mengekalkan cara lama, malah mengatakan cara lama adalah yang terbaik, maka kita ada pilihan kedua iaitu melalui beramai-ramai mengundi Pakatan Rakyat.

Jikalau Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya dan Datuk Sri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, perubahan-perubahan yang diharapkan pasti akan berlaku, ini kerana memang itulah
hasrat beliau didalam manifesto pilihan raya nya.

Setelah perubahan- perubahan seperti yang diharapkan, berjaya dilakukan oleh Datuk Sri Anwar Ibrahim, maka sesiapa juga yang menjadi perdana menteri selepas beliau, akan mudah mengawal penyelewengan, walau pun ditakdirkan UMNO menang semula.

Seelok- eloknya dipinda peraturan supaya seorang perdana menteri hanya boleh berkhidmat selama tidak lebih dari 15 tahun, ini bagi mengelakkan dari penyalah gunaan kuasa berlaku .

Semoga hasrat diatas berjaya berlaku dimasa akan datang.

Sekian sahajalah.........wallahhuaklam .







Tiada ulasan: