- ababina328 said...
Sebagai rakyat pahang, saya sangat terkilan dng kes kecurian kayu balak yg seringkali berlaku, perkara ini sebenarnya bukan rahsia lagi,ianya ada dibincangkan secara sosek-sosek dikalangan rakyat.
Banyak pihak yg terlibat sebenarnya,selain kepimpinan umno,
yg paling merumitkan ialah penglibatan pihak istana didalam perkara ini.
Anda semua munkin belum lupa dengan nama "Tengku Wong" beberapa
tahun yg lampau.
Penglibatan berterusan pihak yg tidak bermoral ini, telah menyebabkan kerajaan pahang sering mengalami depisit di dalam belanjawan kerajaan negeri.
Perompakan balak ini terus berle luasa dan entah bila akan berakhir.
Munkin inilah bahayanya jika penguasaan pemerintahan dimonopoli terlalu lama oleh sesuatu parti.
Munkin telah sampai masanya monopoli ini di pecahkan.
Kini terserahlah kepada rakyat pahang untuk memikirkan cara mana
mengatasinya.
Semoga Allah memberikan hidayah kepada rakyat pahang untuk membuat perubahan di PRU 13 nanti.
sekian...
Rabu, 3 Disember 2008
"Eksklusif: Bongkar, Strategi Puak UMNO Rompak Hutan Balak Secara Berhemah Di Negeri Pahang !!"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
03 December 2008
Kalau Pakatan Rakyat Perintah Pahang Tiada Jenayah Curi Balak?
Kisah curi balak di Pahang ada didedahkan dalam 2 blog iaitu:
ababina328 dan Pahangdaily.blogspot
Cerita yang mereka bawa adalah langsungan dari apa yang disiarkan oleh Khaidir TV3 iaitu kejadian di Bukit Galing Kuantan dan kawasan UIAM. Pahangdaily.blogspot membuat andaian bahawa kecurian itu dilakukan oleh orang UMNO dan Ababina328 menimbulkan cerita Tengku Wong dan kedua-duanya kaitkan dengan bajet defisit Negeri Pahang.
Perbuatan jenayah mencuri adalah sesuatu yang hina baik mengikut peradaban bangsa serta undang-undang sibil apatah lagi dalam ugama. Namun disebalik itu semua, perbuatan curi masih berlaku. Adakah adab dan ugama tidak berdaya membendung perbuatan syaitan ini? Adakah syaitan lebih kuat dari ugama dan adab? Waallahualam
Kenapa manusia jadi rakus tamak haloba begitu sekali? Pahangdaily.blogspot membuat kesimpulan kerana MB Pahang terlalu lambat meluluskan kawasan balak maka mereka mengambil jalan singkat dengan mencuri sahaja. "Ramai pemimpin UMNO Pahang yang kemaruk dengan "Ban Balak" tidak dapat bersabar lagi bila Menteri Besar terlalu lambat meluluskan kawasan balak untuk mereka." Itu petikan dari blog itu.
Soalan Anak Pahang Jati, adakah betul perkara itu berlaku? Dari mana Pahangdaily.blogspot dapat maklumat ini? Adakah betul orang UMNO yang mencuri itu atau siapa? Berapa ramai kah orang UMNO yang berkecimpung dengan perniagaan balak? Anak Pahang Jati rasa ini adalah serkap jarang sahaja.
Seterusnya Pahangdaily.blogspot menulis :
"Senario ini jelas sekali sukar untuk dibendong, bahkan ia akan berterusan zaman berzaman jika UMNO dan BN terus memerintah negeri ini. Maka kita tidak hairanlah yang sejak MB Pahang dari masa Khalil Yaakob hingga Adnan Yaakob memerintah negeri ini, bajet Pahang senantiasa defisit. Ini kerana kerajaan Pahang gagal untuk membendung masalah yang paling utama di Pahang iaitu "Rompakan Balak Secara Berhemah" ini."
Cakap-cakap serta andaian sebegini tidak boleh diterima pakai dalam kita membuat penganalisaan bajet Negeri secara yang dilakukan oleh pakar ekonomi. Bajet Negeri bukannya perkiraan harta berbanding perbelanjaan. Justeru itu bagaimana pula kita membuat justifikasi bajet defisit di Negeri-Negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat yakni Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan yang juga membentangkan bajet defisit? Kita jangan keliru dengan emosi semata-mata! Menuduh memang senang tetapi untuk memberi bukti kepada tuduhan bukan perkara senang!
Ababina328 pula menulis :
"Munkin inilah bahayanya jika penguasaan pemerintahan dimonopoli terlalu lama oleh sesuatu parti. Munkin telah sampai masanya monopoli ini di pecahkan. Kini terserahlah kepada rakyat pahang untuk memikirkan cara mana
mengatasinya. Semoga Allah memberikan hidayah kepada rakyat pahang untuk membuat perubahan di PRU 13 nanti."
Anak Pahang Jati hanya mahu Ababina328 melihat kepada negeri yang telah ditawan oleh Pakatan Rakyat selepas PRU 12 dulu yakni Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Adakah masalah curi terhapus bila tukar kerajaan? Lihat saja yang berlaku di Selangor. Sampai sanggup berbogel?
Ini masalah jenayah curi bukan masalah parti atau kerajaan yang memerintah. Kalau ia pun yang terlibat atau penjenayah itu adalah ahli kepada mana-mana parti politik, hukumlah penjenayah dan bukan hukum parti politik itu!
Dalam hal yang dibangkitkan dan yang tersiar di TV3 jelas kelihatan yang terlibat adalah orang-orang dari kaum bukan Melayu. Kalau bukan Melayu pastinya bukan ahli UMNO. Entah-entah mereka adalah ahli DAP atau PKR dan mungkin juga ahli PAS kerana PAS sudah buka keahliannya kepada kaum lain dan PAS juga begitu teruja menyambut salam dari seorang sami Hindu!
Kenapa pula harus dilibat perkara Ketuanan Melayu dalam hal ini? Sekali lagi Anak Pahang Jati hendak tegaskan, INI MASALAH JENAYAH MENCURI, biar kita hadapi secara lazimnya kita atasi masalah curi.
Jangan bakar kelambu sebab marahkan nyamuk seekor!
Catat Ulasan